Family Viral

‪[VIDEO] Tengah Syok Termenung, Tiba-Tiba Sepupu Datang Ejek Kononnya Single

‪[VIDEO] Tengah Syok Termenung, Tiba-Tiba Sepupu Datang Ejek Kononnya Single

Sharing is caring!

Dalam sebuah keluarga, pasti akan ada salah seorang ahlinya yang akan selalu menghiburkan hati semua orang. Tanpa keletah dan suara mereka pasti suasana rumah menjadi sunyi sepi tanpa tawa. Tidak terkecuali buat keluarga kanak-kanak comel ini yang pernah viral suatu ketika dahulu kerana dikatakan banyak ‘songeh’ dengan abang sepupunya.

BACA: “Tak Nak Sayur Tau” – Nak Keluar Minta Macam-Macam, Gelagat Budak Ini Cuit Hati


Pernah viral minta burger tak nak sayur

Buat yang pernah menonton video viral ini dulu, pasti tidak akan lupa keletah kanak-kanak bernama Auni Zahrah Ahmad Shaifulbahri yang dikatakan cerewet menyenaraikan satu per satu permintaannya semasa ingin memesan burger. Malah penampilan bertudungnya dengan gaya sendiri turut menarik perhatian netizen pada ketika itu.

Senyap je, single ke tu?

Tidak cukup dengan itu, kali ini Auni membuat come back melalui video yang dimuat naik abang sepupunya dikenali sebagai Ahmad Nabil Jefri di laman Twitter. Video yang meraih lebih 3 ribu retweets setakat ini memaparkan gelagat si comel Auni menyakat Nabil yang kononnya termenung sendirian. Bahkan, dia sempat memberi ejekan mesra sebelum diarah beredar oleh sepupunya itu.


‪[VIDEO] Tengah Syok Termenung, Tiba-Tiba Sepupu Datang Ejek Kononnya Single

Kata-kata dia sangat menusuk

Melihat keletah si comel dalam video berdurasi 13 saat ini, rata-rata netizen turut menyatakan rasa terhibur sehinggakan ada pula ‘terciduk’ dengan ayat yang dikatakan menyindir golongan single. Tidak kurang juga, wajah Auni sempat dipuji netizen yang geram melihat kecomelannya.

‪[VIDEO] Tengah Syok Termenung, Tiba-Tiba Sepupu Datang Ejek Kononnya Single ‪[VIDEO] Tengah Syok Termenung, Tiba-Tiba Sepupu Datang Ejek Kononnya Single ‪[VIDEO] Tengah Syok Termenung, Tiba-Tiba Sepupu Datang Ejek Kononnya Single ‪[VIDEO] Tengah Syok Termenung, Tiba-Tiba Sepupu Datang Ejek Kononnya Single

Sumber: Twitter Nabill Jefri


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

‪[VIDEO] Tengah Syok Termenung, Tiba-Tiba Sepupu Datang Ejek Kononnya Single

Sharing is caring!