Isu Semasa Kesihatan

Bawa Pelancong China, Pemandu Bas Jepun Dijangkiti Koronavirus

Bawa Pelancong China, Pemandu Bas Jepun Dijangkiti Koronavirus

Sharing is caring!

Wabak jangkitan Koronavirus atau lebih dikenali sebagai Virus Wuhan mengejutkan dunia apabila WHO sendiri mengumumkan kesilapan mereka dalam menafsir kadar keseriusan jangkitan wabak ini semalam.  Kadar kematian di China, tempat asal Virus Wuhan melonjak lebih dari 100 orang dan jumlah positif dijangkiti melebih 2000 orang dalam masa beberapa minggu sahaja.  Memburukkan keadaan, kajian terbaru menunjukkan virus ni mampu tersebar melalui mata dan mempunyai tempoh inkubasi sehingga 14 hari. Ianya berbeza dengan virus biasa yang boleh dikesan dalam masa tiga hari terawal selepas jangkitan berlaku. Ini bermakna, pembawa virus semakin sukar dikesan dan jangkitan semakin mudah berlaku.

Baca: Taknak Uji Virus. China Didakwa Cuba Selindung Angka Sebenar Corona?

Kes koronavirus juga telah mula dikesan di luar China. Ianya bermula dengan kunjungan rakyat negara China ke negara luar seperti,  Thailand, Hong Kong, Taiwan dan juga Malaysia. Kunjungan ini memuncak sewaktu musim Perayaan Tahun Baru China yang lalu.  Illustrasi berikut menunjukkan bilangan Koronavirus yang dikesan di seluruh dunia setakat hari ini:

 

Bawa Pelancong China, Pemandu Bas Jepun Dijangkiti Koronavirus

Bilangan pengidap Koronavirus yang dikesan di seluruh dunia setakat 29 Januari 2020. (Sumber: Facebook KKM)

Kejadian Pertama Jangkitan Koronavirus Melibatkan Warganegara Yang Tidak Pernah Ke China

Walau bagaimanapun,  sebelum ini, jangkitan yang dikesan di beberapa negara  di atas kesemuanya membabitkan warganegara China ataupun individu yang pernah mengunjungi China. Namun, dalam kejadian jangkitan pertama di Jerman,  sesuatu yang mengejutkan berlaku. Individu yang dikesan positif Koronavirus ini  adalah warganegara Jerman yang tidak sama sekali mengunjungi China. Sebaliknya beliau dikunjungi oleh rakan sekerja dari Shanghai, China.


 

Bawa Pelancong China, Pemandu Bas Jepun Dijangkiti Koronavirus

Sihat Tanpa Simptom Sebelum Didapati Positif Koronavirus

Wanita terbabit dikatakan sihat, tanpa sebarang simptom sewaktu tiba dan hanya mulai tidak sihat sewaktu dalam penerbangan pulang ke China. Setibanya di China, doktor mengesahkan beliau positif virus Koronavirus, dipercayai berjangkit dari ibu bapanya yang melawat dari Wuhan.


 

Bawa Pelancong China, Pemandu Bas Jepun Dijangkiti Koronavirus

Pemandu Bas Jepun Dijangkiti Selepas Membawa Bas Dipenuhi Pelancong China

Dalam kejadian di Jepun, satu antaranya melibatkan pemandu bas dalam lingkungan 60-an.  Beliau dikatakan memandu bas yang membawa dua kumpulan pelancong China awal bulan ini. Apa yang memeranjatkan, hanya pada Sabtu yang lalu beliau dikesan mengalami pneunomia dan dimasukkan ke pusat kesihatan sebelum disahkan mengidap Koronavirus.

 

Bawa Pelancong China, Pemandu Bas Jepun Dijangkiti Koronavirus

 

 

Sumber: IndependentAstro Awani


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!