Viral Antarabangsa Inspirasi Kehidupan

1 Jam Lahir Dibuang Ke Tong Sampah, Lepas 25 Tahun Bersatu Maafkan Ibu Kandung

1 Jam Lahir Dibuang Ke Tong Sampah, Lepas 25 Tahun Bersatu Maafkan Ibu Kandung 1

Belum sempat merasa setitis susu ibu, bayangkan nasib malang bayi-bayi yang dibuang ke pusat pembuangan sampah oleh ibu bapa kandung mereka sendiri? Walau apa jua alasan, tindakan itu adalah satu jenayah serius dan boleh ‘membenih’ rasa benci apabila zuriat itu tumbuh menjadi dewasa kelak.

BACA : Mak Kandung Buang Ke Tong Sampah Pada 1989, Bayi Akhirnya Membesar Jadi Jutawan

Jiran mengadu seakan mendengar bunyi kucing di tempat sampah

Persis kisah lelaki bernama Robin Barton ini, ibu kandungnya yang baru 1 jam bersalin (tahun 1989) telah membuangnya ke dalam tong sampah. Tanpa seurat benang, tubuh pucatnya yang masih melekit ‘dibaluti’ dengan sampah sarap dan tanah kotor. Aduan penduduk terdekat telah menggesa pihak polis membuat pantauan. Saat itulah Robin diselamatkan oleh seorang pegawai bernama Michael Buena.

1 Jam Lahir Dibuang Ke Tong Sampah, Lepas 25 Tahun Bersatu Maafkan Ibu Kandung

1 Jam Lahir Dibuang Ke Tong Sampah, Lepas 25 Tahun Bersatu Maafkan Ibu Kandung

Setiap hari pegawai polis itu lawat pusat rawatan sampailah Robin diambil sebagai anak angkat

Bergegas mendapatkan bantuan medik, Michael awalnya memberi nama ‘Adam’ kepada bayi terbuang itu. Pun begitu, mereka berdua terpisah lama setelah ada pasangan mengambil Robin sebagai anak angkat. 25 tahun berlalu, akhirnya pada 2015 kedua-duanya bertemu semula. Bagi Robin, dia teruja kerana dapat berjumpa dengan penyelamatnya sewaktu bayi dahulu.

“Ada satu kebetulan yang luar biasa dalam kisah ini. Rupanya polis tersebut dahulu juga merupakan bayi yang dibuang & diabaikan oleh ibu kandung sendiri”

1 Jam Lahir Dibuang Ke Tong Sampah, Lepas 25 Tahun Bersatu Maafkan Ibu Kandung

1 Jam Lahir Dibuang Ke Tong Sampah, Lepas 25 Tahun Bersatu Maafkan Ibu Kandung

Wajah Robin & ayah kandung begitu sama…Si ibu dihukum penjara selama 3 tahun

Dengan segala sumber, Michael melibatkan diri dalam misi menjejaki ibu bapa kandung Robin. Tidak lama kemudian, keluarga kecil itu akhirnya bersatu dan si anak nekad memaafkan kesalahan hitam ibunya. Ayahnya pula membuka cerita selepas perbicaraan dahulu, mahkamah mengeluarkan perintah larangan bertemu. Bukan sahaja menggugurkan hak jagaan, malahan Encik Meza tidak dibenarkan mendekati atau menyentuh bayinya sendiri.

“Saya tak salahkan ibu. Saya tak marah atau terkilan dengan dia. Ketika dia buang saya dulu, saya faham dia adalah gadis muda yang sedang terdesak & tiada pilihan lain. 1 yang saya belajar dalam hidup, kena syukur. Syukur ada pegawai polis selamatkan dulu. Syukur ada orang ambil jadi anak angkat. Syukur bertemu keluarga kandung. Saya ada 5 orang lagi adik beradik kandung”

1 Jam Lahir Dibuang Ke Tong Sampah, Lepas 25 Tahun Bersatu Maafkan Ibu Kandung

1 Jam Lahir Dibuang Ke Tong Sampah, Lepas 25 Tahun Bersatu Maafkan Ibu Kandung

Kredit : Portal CBS NEWS & abc news

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

1 Jam Lahir Dibuang Ke Tong Sampah, Lepas 25 Tahun Bersatu Maafkan Ibu Kandung

Facebook

Telegram