Menginjak usia dewasa, ramai anak-anak semakin sibuk dengan hal duniawi sehingga mengabaikan orang tuanya kerana memenuhi tuntutan kerja untuk kesinambungan hidup. Namun tidak bagi pelakon Fizo Omar. Walaupun telah berkeluarga dan sibuk dengan perniagaan restoran serta karier seninya, selebriti ini tidak mengabaikan ibu tunggalnya malah kini sudah memasuki tahun ke-10 dia membawa wanita itu tinggal bersamanya di KL.
BACA: “Puluh Ribu Bukan Sikit” – Ibu Kandung Buka Cerita Kena Bayar Balik Kos Jaga Yom
Baru-baru ini, Fizo ada berkongsi luahan hatinya di Instagram tentang ibunya itu. Ketika membawa wanita itu keluar membeli-belah untuk barangan masakan, dia begitu seronok dan itulah perasaan Fizo ketika kecil dahulu ketika kehendaknya untuk membeli mainan telah dipenuhi oleh ibunya.
Macam ni lah perasaan aku masa kecik2 dulu
Dah lebih 10 tahun mama tinggal sama aku kat KL ni
Sekarang kalau dibawa ke pasar beli barang dapur.. seronok dia macam tu juga aku masa kecik2 dia bawa pergi kedai mainan
Kadang2 duit kita bagi takde nilai pun
Fizo Omar telah memberikan pesanan supaya setiap anak tidak meIukakan hati orang tua mereka kerana tiada gunanya kejayaan di dunia ini jika ibu bapa ada menyimpan hati dengan anak mereka dalam diam.
Sumber: IG fizoomar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
