Inspirasi

10 Tahun Tunggu Zuriat 4 Kali Gugur, Ibu Akur Kandungan Ajal & Rahim Dibuang

10 Tahun Tunggu Zuriat 4 Kali Gugur, Ibu Akur Kandungan Ajal & Rahim Dibuang 1

Sharing is caring!

Tragedi mengalami keguguran janin adalah perasaan paling perit untuk ditelan oleh golongan wanita yang sudah lama mengidamkan zuriat bersama suami. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa bersabar menunggu selama bertahun-tahun lamanya, hati siapalah yang tidak luluh apabila penantian tersebut musnah sekelip mata. Namun bagi seorang ibu ini, ketabahan melalui detik pahit tersebut cukup meruntun jiwa ramai.


BACA : Tidak Pernah Haid Seumur Hidup, Wanita Ini Dedah Pengalaman Hidup Tanpa Rahim

10 Tahun Tunggu Zuriat 4 Kali Gugur, Ibu Akur Kandungan Ajal & Rahim Dibuang
Gambar sekadar hiasan

Ibu ini suri rumah yang menjual kuih…Suami pula hanya pemandu kerajaan

Turut terkesan dengan cerita duka ibu berkenaan, seorang pakar perubatan tampil berkongsikan kisah panjang itu menerusi laman Facebooknya. Bukan datang daripada latar belakang keluarga yang senang, namun wanita ini bersama suami akhirnya berkemampuan untuk membiayai rawatan IVF selepas 10 tahun hasil usaha keras mengumpul duit sendiri termasuklah berniaga secara kecil-kecilan serta menjual tanah di kampung. Meskipun faktor usia yang sudah lanjut akan merisikokan nyawanya, tetapi semua itu tidak mematahkan semangatnya langsung.


10 Tahun Tunggu Zuriat 4 Kali Gugur, Ibu Akur Kandungan Ajal & Rahim Dibuang

10 Tahun Tunggu Zuriat 4 Kali Gugur, Ibu Akur Kandungan Ajal & Rahim Dibuang
Gambar sekadar hiasan

Buatlah apa cara sekali pun, tolong selamatkan anak saya

Dalam keterujaan menantikan kelahiran bayi yang sudah lama dinanti-nantikan itu, siapa sangka dia sekali lagi menerima ujian berat. Tidak cukup mengalami keguguran berulang kali sebelum ini, ibu berkenaan dikatakan mengalami demam panas manakala pergerakan janin di dalam kandungan pula agak perlahan. Sempat merayu agar doktor menyelamatkan zuriat terbabit walau apa pun terjadi, ternyata Allah lebih menyayangi jiwa kecil berkenaan. Meskipun mengalami kehilangan rahim akibat komplikasi yang terjadi, kini dia pasrah dan menerima takdir itu seadanya.


10 Tahun Tunggu Zuriat 4 Kali Gugur, Ibu Akur Kandungan Ajal & Rahim Dibuang

10 Tahun Tunggu Zuriat 4 Kali Gugur, Ibu Akur Kandungan Ajal & Rahim Dibuang

10 Tahun Tunggu Zuriat 4 Kali Gugur, Ibu Akur Kandungan Ajal & Rahim Dibuang
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Facebook Sha Wbunny

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini