Bermula dengan kemenangan sebagai ‘Raja Lawak 3’, potensi kumpulan ‘Sepah’ yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat sangat dikenali bermula pada tahun 2009 selaku pelawak dengan idea-idea baru. Dari situ, nama mereka terus dikenali sehingga mempunyai siri drama dan filem sendiri.
BACA :Â Dituduh Buka Aib Shuib, Jep Jelaskan Dengan Penuh Sopan-Takde Sapa Kick Sapa
Yang salah tu bila cakap dulu kita kick Mamat, tak…Mamat kat situ je
Namun di saat populariti 3 anak jati Johor ini sedang memuncak, peminat dikejutkan dengan khabar bahawa Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad didakwa telah ditendang keluar daripada kumpulan Sepah. 12 tahun berlalu sejak perpecahan itu terjadi, akhirnya Jep menjelaskan perkara sebenar yang mungkin tidak diketahui ramai.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Abang yang keluar…Jadi takde siapa keluarkan siapa
Dalam keratan video yang tular, suami kepada Sari Yanti ini berkata sebenarnya Mamat tidak pernah dikeluarkan pun. Sebaliknya, Jep dan Shuib yang mengambil keputusan keluar, menubuhkan kumpulan baru sebelum terus aktif menggunakan jenama Sepahtu. Walaupun sudah berpecah dan tidak memuat naik apa-apa gambar bersama, hakikatnya mereka bertiga masih rapat berhubung layaknya seperti sahabat sejati.
@mhdzzl #jepsepahtu #shuibsepahtu #mamatsepah #mesinkelapaparut
♬ original sound – Admin TikTok Syif Malam – Admin TikTok Syif Malam
Kontroversi Mamat pernah jejaskan nama Sepah yang sedang naik waktu itu
Terdahulu, Jep pernah meluahkan punca dia membawa haluan sendiri adalah demi menjaga nama baik kumpulan Sepah itu sendiri. Di mana saat itu, Mamat kebetulan dihimpit dengan kontroversi percintaannya yang diakui memberikan tempias kepada Jep dan Mamat. Ibarat peribahasa Melayu, kerana nila setitik, rosa susu sebelanga.
Kredit : TikTok Mhdzzl & Portal Beautiful Nara
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura