13 Tahun Dijaga Penuh Kasih Sayang, Kucing Ini Muram Bila Tuan Dijemput Ilahi..

Kucing sangat terkenal dengan sikap yang manja dan suka dibelai oleh tuannya lebih-lebih lagi bila dibela sejak dari kecil. Disebabkan itu, hubungan ikatan yang terjalin  membuatkan kucing ini tidak mahu berpisah dengan tuannya. Hanya Sang Pencipta saja yang boleh memisahkan 2 jiwa ini. Itulah yang dikongsikan oleh saudari Nur Iylia Malek di laman Twitter miliknya.

BACA : Viral Kisah Kucing Dicekik Budak Beraya, Rupanya Satu Malaysia Dah Kena Tipu!

Messi setia tunggu tepi jen4zah

Iylia menjelaskan bahawa kucing ini diberi nama Messi telah dibela oleh Allahyarham Md Jais yang juga bapa saudaranya bersama isteri Melah Kushimohud sejak 13 tahun lalu. Baru-baru ini, lelaki itu pergi menghadap Ilahi di rumahnya di Masjid Tanah, Melaka kerana menghidap barah pr0stat.

Selepas beberapa jam ‘merajuk’ dan ‘melarikan diri’, akhirnya Messi kembali ke bilik sebelum berbaring di tepi jen4zah dengan reaksi wajah yang penuh sayu dan juga sedih membuatkan Iylia sekeluarga tersentuh. Menurut tweet yang ditulis, Messi sudah dibela oleh tuannya sejak 13 tahun iaitu sejak kecil hinggalah sekarang.

Tak mahu makan & muram

Meskipun sudah beberapa hari pemergiaan tuan kesayangannya, haiwan tersebut enggan makan walaupun sudah disediakan makanan. Messi hanya setia menunggu di tepi katil dalam keadaan muram seperti mencari sesuatu yang telah hilang. Tambah gadis ini lagi, Messi telah dijaga bersama adik-beradik lain tapi hanya si bulus ini saja yang masih hidup.

PukuI 5 pagi sebelum pergi masjid, dah tunggu depan pintu bilik

Tambahnya, Messi cuba menyorok dan memandang ke arah sofa sedangkan sebelum ini tidak berbuat sedemikian. Kucing ini kelihatan seperti tercari-cari sesuatu kerana bapa saudaranya itu akan memberi makanan sebelum pergi ke masjid. Apa yang lebih menariknya adalah Messi mempunyai sifat cemburu bila ada kucing lain datang. Tapi Messi boleh pula terima jika anak kucing yang datang ke rumahnya.

Sumber : Twitter Nur Iylia Malek Harian Metro

Apa Komen Anda?