Antarabangsa

14 Kali Beranak Anak Lelaki, Ibu Tak Putus Asa Akhirnya Merasa Timang Baby Girl

14 Kali Beranak Anak Lelaki, Ibu Tak Putus Asa Akhirnya Merasa Timang Baby Girl 1

Sharing is caring!

Sesetengah orang lebih selesa merancang bilangan anak yang dimahukan mereka atas sebab tertentu, Tetapi bagi yang diberikan kesempatan lebih, kedatangan cahaya mata yang ramai akan disambut baik dengan penuh syukur.  Namun begitu kisah bagi sepasang suami isteri dari Michigan, Amerika Syarikat ini cukup luar biasa. Bermula dengan anak sulung sehingga bongsu yang berjantina lelaki, kejutan baru akhirnya dirasai oleh mereka.


BACA: [VIDEO] “Sounds Like Baba”- Anak Tuju K-Clique Terkejut Tahu Siapa Orang Utan

Tak sangka dapat anak perempuan lepas lahirkan 14 orang lelaki berderet

Menerusi portal India Times, mereka akhirnya dikurniakan anak perempuan. Zuriat ke 15 yang diberi nama Maggi Jayne itu baru sahaja dilahirkan 5 November lalu dengan berat 3.4 kilogram. Anak sulung mereka kini sudah berusia 28 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Manakala yang paling bongsu pula baru mencecah 2 tahun dan lahir pada April 2018.


14 Kali Beranak Anak Lelaki, Ibu Tak Putus Asa Akhirnya Merasa Timang Baby Girl

14 Kali Beranak Anak Lelaki, Ibu Tak Putus Asa Akhirnya Merasa Timang Baby Girl

Hampir 30 tahun menanti untuk dapatkan anak perempuan akhirnya berhasil juga

Kedua-dua suami isteri berkenaan, Kateri dan Jay telah berkahwin pada 1993, dan sudah mempunyai 3 orang cahaya mata sebelum menamatkan pengajian mereka di kolej. Penantian hampir 30 tahun untuk mendapatkan anak perempuan akhirnya membuahkan hasil dan kehadiran si kecil itu sangat ditunggu-tunggu oleh mereka sekeluarga. Berita gembira tersebut telah berjaya mendapat perhatian ramai sehinggalah keluarga besar ini dapat muncul dalam sebuah rancangan sendiri dinamakan ’14 Outdoorsmen’.


14 Kali Beranak Anak Lelaki, Ibu Tak Putus Asa Akhirnya Merasa Timang Baby Girl

14 Kali Beranak Anak Lelaki, Ibu Tak Putus Asa Akhirnya Merasa Timang Baby Girl

Sumber: Portal India Times & Global News

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini