Apabila berlaku perpisahan, menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah benda mudah. Lebih-lebih lagi apabila bekas suami culas membayar nafkah anak. Bagi segelintir lelaki, mereka tergamak memutuskan silaturahim dan kemudiannya buat-buat lupa terhadap kewajipan menafkahi anak-anak mereka selari dengan perintah dikeluarkan oleh mahkamah syariah.
BACA :Â Ada Di Mekah, Isteri Dedah Daud Kim Lari Mahkamah Mengelak Bayar Nafkah Anak
Kalau dari dulu beri kerjasama, takkan jadi macam ni…Duit KWSP dia pun tak boleh cover
Ibarat sudah muak bersabar dengan bekas suami yang tidak mengambil serius terhadap tanggungjawab nafkah kepada anak-anak, seorang wanita ini tampil membuat semula tuntutan tunggakan dari tahun 2006 sehingga Mei 2022. Menerusi video di bawah, terlihat sekeping dokumen menyatakan jumlah tunggakan yang perlu dilunaskan sudah mencecah RM78,900.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
@jue_liana78 bila ex suami xnk bg kerjasama selama 15thn dn pemberian nafkah ank2..klu dr dulu bg kerjasama…xkn jd cmni byk …so hadaplah yea….kwsp die pn xle cover …#cikpuansecurity #🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰

Andai kata bekas suami ‘pergi’ dahulu & tak sempat bayar, waris dia kena bertanggungjawab
Bercakap lanjut mengenai proses tuntutan itu, sebenarnya dahulu wanita ini pernah berbincang baik-baik tentang isu pembayaran nafkah anak. Gara-gara tidak mendapat kerjasama yang baik, dia terpaksa menggunakan khidmat guam bagi menuntut hak anak-anak dan akhirnya mahkamah mengeluarkan perintah bayaran semula kepada lelaki terbabit. Berikut merupakan antara prosedur yang mungkin boleh menjadi rujukan anda :

Saya pernah buat…Genapkan & bila cukup jumlah yang saya nak, pergi fight dekat mahkamah
Melihat perjuangan ibu tunggal itu, netizen sangat berpuas hati selain berharap bekas suaminya akan melangsaikan tunggakan sehingga selesai. Selain itu, ramai juga berkongsikan mereka alami konflik sama di mana bekas pasangan masing-masing mengabaikan tanggungjawab kepada anak sendiri.
Kredit : TikTok jue singlemum 44
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura