Family Viral

17 Tahun Sengsara Bersama Mak Tiri, Pemuda Lega Akhirnya Jumpa Ibu Kandung

Sharing is caring!

Setiap orang pasti mengimpikan sebuah keluarga yang sempurna dan dapat hidup bersama dengan bahagia. Namun bukan semua dikurniakan dengan nikmat tersebut. Ada yang sedari kecil sudah terbiasa dengan keluarga yang berpecah belah. Samalah seperti kisah seorang pemuda ini yang tular di laman Twitter apabila terpisah daripada ibu kandungnya hampir 17 tahun sebelum dipertemukan kembali. 

BACA: [VIDEO] Mak Memang Macam Ni, Pujuklah;-Netizen Terhibur Ragam Budak Kuat Drama

17 tahun tidak pernah bertemu

Kisah sayu yang telah dimuat naik tersebut telah mendapat perhatian ramai. Menurut lelaki berkenaan, kehidupannya selama ketiadaan wanita itu boleh dikatakan sengsara apabila dirinya dan juga kakak terpaksa tinggal bersama ibu tiri mereka. Istilah keluarga bahagia juga tidak pernah wujud dalam hidupnya sebelum ini malah terpaksa menumpang kasih bersama rakan-rakan yang lain sewaktu tinya hari raya. 


17 Tahun Sengsara Bersama Mak Tiri, Pemuda Lega Akhirnya Jumpa Ibu Kandung

17 Tahun Sengsara Bersama Mak Tiri, Pemuda Lega Akhirnya Jumpa Ibu Kandung

 

Ibu lari daripada ayah sendiri

Mengimbau kembali bagaimana dirinya terpaksa hidup tanpa kehadiran ibu, pemuda ini menceritakan wanita itu terpaksa melarikan diri daripada ayahnya kerana sudah tidak tahan untuk tinggal bersama. Si ayah pula sudah hampir 5 kali berkahwin dan juga berpisah dengan isteri-isterinya. Hatinya turut meruntun sedih melihatkan gaya wanita tersebut yang hampir tidak berubah sejak terakhir kali mereka bertemu. 

17 Tahun Sengsara Bersama Mak Tiri, Pemuda Lega Akhirnya Jumpa Ibu Kandung

17 Tahun Sengsara Bersama Mak Tiri, Pemuda Lega Akhirnya Jumpa Ibu Kandung

17 Tahun Sengsara Bersama Mak Tiri, Pemuda Lega Akhirnya Jumpa Ibu Kandung

Alhamdulillah semoga sentiasa bahagia

Melihatkan kegembiraan yang terpancar pada wajah lelaki tersebut, ramai netizen juga tumpang gembira ke atasnya kerana berjaya bertemu permata hatinya. Ada juga dilihat meminta doa supaya mereka turut dipertemukan dengan insan-insan tersayang yang sudah pun berpisah bertahun lamanya. 


17 Tahun Sengsara Bersama Mak Tiri, Pemuda Lega Akhirnya Jumpa Ibu Kandung 17 Tahun Sengsara Bersama Mak Tiri, Pemuda Lega Akhirnya Jumpa Ibu Kandung 17 Tahun Sengsara Bersama Mak Tiri, Pemuda Lega Akhirnya Jumpa Ibu Kandung

Sumber: Twitter Chongassh


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!