Viral

18 Tahun Tanpa Smartphone, Remaja Tinggal Di Rumah Kotak Terharu Terima Hadiah

Sharing is caring!

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat dan membangun, tidak hairanlah jika anak muda zaman sekarang sudah terbiasa dengan penggunaan telefon bimbit. Bahkan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah juga sudah mula memiliki sebuah smartphone. Walau bagaimanapun, tidak semua orang bernasib baik dan mempunyai jalan hidup yang serupa.

BACA: [VIDEO] Lena Dibuai Mimpi, Reaksi Spontan Remaja Dipedajal Kakak Lucu Habis

18 tahun hidup tak pernah ada smartphone

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook oleh pengasas pertubuhan sukarelawan kebajikan, The 3rd Force, Dr Raja Shamri Raja Hussin sempat berkongsi sebuah kisah. Beliau telah berangkat ke daerah Kuala Krai, Kelantan untuk menyampaikan bantuan dari segi gadjet kepada seorang remaja untuk tujuan proses pembelajaran. Apa yang mengharukan adalah anak lelaki berusia 18 tahun ini tidak pernah sama sekali memiliki telefon bimbit apatah lagi smartphone.


18 Tahun Tanpa Smartphone, Remaja Tinggal Di Rumah Kotak Terharu Terima Hadiah

18 Tahun Tanpa Smartphone, Remaja Tinggal Di Rumah Kotak Terharu Terima Hadiah

 Tinggal dalam rumah kotak tanpa bilik air

Setelah pihak sukarelawan itu membantu remaja berkenaan mendapatkan sim kad untuk capaian internet, mereka semua berkunjung ke rumahnya. Lebih mengejutkan apabila anak lelaki ini dan juga keluarga tinggal di dalam sebuah rumah kotak tanpa kewujudan bilik air. Mereka terpaksa berulang-alik ke rumah nenek untuk menggunakannya.

18 Tahun Tanpa Smartphone, Remaja Tinggal Di Rumah Kotak Terharu Terima Hadiah

18 Tahun Tanpa Smartphone, Remaja Tinggal Di Rumah Kotak Terharu Terima Hadiah

Semoga dia berjaya dan bahagia di sisi keluarga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bersyukur dengan bantuan yang telah diberikan. Mereka juga turut tidak melepaskan peluang untuk mendoakan yang terbaik buat remaja berkenaan memandangkan dirinya akan melanjutkan pengajian tidak lama lagi.


 

18 Tahun Tanpa Smartphone, Remaja Tinggal Di Rumah Kotak Terharu Terima Hadiah 18 Tahun Tanpa Smartphone, Remaja Tinggal Di Rumah Kotak Terharu Terima Hadiah 18 Tahun Tanpa Smartphone, Remaja Tinggal Di Rumah Kotak Terharu Terima Hadiah

Sumber: Dr Raja Shamri 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini