Isu Semasa

“19 Tahun Yang Indah..”- Tinggal Status Sebak, Atlet Renang Didapati Kemurungan

“19 Tahun Yang Indah..”- Tinggal Status Sebak, Atlet Renang Didapati Kemurungan

Siang tadi, para peminat sukan tanah air telah dikejutkan dengan pemergian seorang atlet renang lelaki Sarawak yang ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya. Jasad mendiang Aryton Lim telah ditemui di ruang tamu kediaman milik keluarganya di Kuching sekitar jam 12.30 tengah hari yang lalu. Ekoran daripada penemuan tersebut, ibunya telah menghubungi pusat rawatan bagi mendapatkan bantuan dan paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan bahawa dia sudah tidak lagi bernyawa.

BACA: Wanita Luah Sayu, Tunang Ajal Masa Dalam Perjalanan Nak Fitting Baju Pengantin

Alami kemurungan sejak 3 hari lalu..

Dan menerusi laporan terbaru oleh Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuching telah berkata bahawa siasatan awal pihak mereka mendapati atlet berusia 19 tahun itu mengalami kemurungan sejak 3 hari lepas. Menurut sumber portal terbabit pula, insiden itu hanya disedari oleh ibu mendiang setelah balik daripada menjemput seorang lagi anaknya yang masih bersekolah.

“19 Tahun Yang Indah..”- Tinggal Status Sebak, Atlet Renang Didapati Kemurungan

“19 Tahun Yang Indah..”- Tinggal Status Sebak, Atlet Renang Didapati Kemurungan

19 tahun yang cukup indah…

Dalam pada itu, status terakhir di Insta Story yang sempat dimuat naik oleh Aryton Lim turut mengundang sebak kepada kenalan serta para pengikutnya. Antara yang terkandung menerusi coretan terakhir berikut adalah mendiang meluahkan hidupnya selama ini cukup indah selain disertakan nota terima kasih di hujung posting tersebut.

“19 Tahun Yang Indah..”- Tinggal Status Sebak, Atlet Renang Didapati Kemurungan

“19 Tahun Yang Indah..”- Tinggal Status Sebak, Atlet Renang Didapati Kemurungan

Depression memang wujud…takziah buat ahli keluarga mendiang

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyifatkan pemergian anak jati Bumi Kenyalang ini sebagai suatu kehilangan yang amat sedih dan mendukacitakan. Ada juga di antara mereka yang memberi penekanan tentang kesedaran dalam membantu mana-mana individu yang dipercayai menghidap sebarang masalah mental agar sebarang insiden yang tidak diingini boleh dielakkan.

“19 Tahun Yang Indah..”- Tinggal Status Sebak, Atlet Renang Didapati Kemurungan

“19 Tahun Yang Indah..”- Tinggal Status Sebak, Atlet Renang Didapati Kemurungan

Sumber: IG ayrton_holt & FB Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“19 Tahun Yang Indah..”- Tinggal Status Sebak, Atlet Renang Didapati Kemurungan

Facebook

Telegram