Viral

2 Bulan Gaji Tak Dibayar, Pemuda Ini Nekad Tolak Motor Balik Kampung

Sharing is caring!

Ada individu sangat bertuah kerana lahir dilimpahi dengan kemewahan sejak lahir lagi. Tidak kurangnya juga ada yang perlu bekerja keras untuk mengubah kehidupan lebih baik. Meskipun setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza, kita tidak sepatutnya melayan buruk mereka yang kurang bernasib baik. Baru-baru ini tular di laman media sosial kisah seorang pemuda telah dianiaya oleh majikannya. 

BACA: Kerja Sebagai Cashier Penuh Dugaan, Pening Kepala Hadap Customer Banyak Ragam

Nak balik kampung di Pulau Pinang tapi minyak habis

Menerusi posting oleh saudara Iwan Putra Bgb di laman Facebook, dia telah menceritakan tentang pengalamannya menemui seorang pemuda di jalan raya kawasan Tapah. Lelaki itu yang sedang menolak motosikal telah menarik perhatiannya untuk menghentikan kenderaan dan tampil menghulurkan bantuan. Iwan sempat mengajukan beberapa soalan kepada individu ini. Dia telah mengatakan mahu pulang ke kampung di Pulau Pinang tetapi kehabisan minyak. 


2 Bulan Gaji Tak Dibayar, Pemuda Ini Nekad Tolak Motor Balik Kampung

2 Bulan Gaji Tak Dibayar, Pemuda Ini Nekad Tolak Motor Balik Kampung

Dah 2 bulan tak dibayar gaji, cuma diberi RM5

Pendedahan pemuda ini telah mengejutkan saudara Iwan selepas dia mengatakan telah 6 jam menolak motosikal bermula dari Tanjung Malim lagi. Lebih menyedihkan lagi, lelaki ini menjelaskan bahawa sudah tidak dibayar gaji selama 2 bulan dan dipecat gara-gara menuntut haknya. Dengan hanya diberikan modal RM5 oleh majikan di Bukit Jalil itu, dia nekad untuk pulang ke kampung. 

2 Bulan Gaji Tak Dibayar, Pemuda Ini Nekad Tolak Motor Balik Kampung

2 Bulan Gaji Tak Dibayar, Pemuda Ini Nekad Tolak Motor Balik Kampung
Gambar sekadar hiasan

Tiba-tiba mata masuk habuk dan rasa syukur


Saudara Iwan berasa sebak setelah mendengar kisah sedih bekas pengawal keselamatan tersebut. Dia telah memberikan sedikit sumbangan semasa menurunkannya di salah sebuah stesen minyak di Pulau Pinang. Perkongsian itu telah membuatkan dirinya sedar untuk mensyukuri atas segala nikmat yang Allah telah kurniakan. 

2 Bulan Gaji Tak Dibayar, Pemuda Ini Nekad Tolak Motor Balik Kampung

2 Bulan Gaji Tak Dibayar, Pemuda Ini Nekad Tolak Motor Balik Kampung

Sumber: Facebook Iwan Putra Bgb


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!