2 Bulan Tiada Job Berlakon, Reza Hasbi Tebalkan Muka Hidup Atas Ihsan Ibu Ayah!

Sudah menjadi adat dalam dunia hiburan, setiap karier artis pasti ada pasang surutnya. Baru-baru ini, seorang aktor iaitu Reza Hasbi telah mendedahkan tentang kesempitan hidup gara-gara gagal mendapat tawaran berlakon selama lebih kurang 2 bulan. Dek kerana itu, Reza seakan hilang sumber pendapatan utamanya. Pelakon ini sempat meluahkan kesal terhadap pihak pengurusan yang tidak menjalankan kerja-kerja promosi buat dirinya.

Baca : Bujang Mampulah, Setakat Gaji 3K Nak Sara Anak Bini.. Lagi Baik Melingkup

Pernah merancang mohon bantuan zakat…

Hidup atas ihsan mak ayah…Tumpang makan daripada mereka

Hakikat bahawa dia baru menimang cahaya mata kedua sekitar Mac lalu sudah pasti membuatkan hidupnya bertambah runsing. Manakan tidak, kos menanggung bayi pula menelan perbelanjaan besar.

Abah minta maaf…Raya tahun ni tak mampu beli apa-apa…

Terpaksa pinjam duit isteri untuk isi minyak…

Mengenang semula keperitan hidupnya, Reza Hasbi juga seakan sudah penat berada dalam industri yang bersikap tidak adil kepada dirinya.

Bila tengok kawan ada job, rasa macam dipinggirkan

Katanya lagi, dia masih menuntut wang berjumlah RM5000 daripada sebuah produksi yang berdalih untuk membuat bayaran tersebut.

Pelbagai alasan diberikan…Dah minta banyak kali sampai malu

Meskipun berasa kasihan, ada juga netizen yang menasihati agar pelakon ini pergi mencari kerja lain demi menyara keluarganya itu.

Rezeki bersepah kat luar sana…Nak tak nak je

Banyak kerja kalau rajin…Sihat tubuh badan,kan?

Sumber : Portal mStar dan Instagram Reza Hasbi

Apa Komen Anda?