Setiap couple yang sudah berjanji untuk hidup bersama pasti sudah tidak sabar menunggu termeterainya sebuah ikatan perkahwinan. Lebih-lebih lagi kalau cuma berbaki beberapa hari sahaja untuk bertukar status sebagai suami isteri. Walau bagaimanapun, berbeza dengan seorang gadis ini yang dilanda kekecewaan apabila bakal suaminya ‘buat perangai’ sebelum hari bahagia mereka.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Majlis tinggal 2 hari sahaja lagi, tapi bakal suami buat hal dengan bekas teman wanita
Menerusi perkongsian TikTok @anawayachill, majlis perkahwinannya cuma tinggal 2 hari saja lagi namun si tunang telah ‘kantoi’ check in hotel bersama bekas teman wanitanya. Perkara tersebut membuatkan gadis itu seakan terduduk memikirkan persiapan perkahwinan mereka yang hampir 90% siap termasuklah kad undangan , katering makanan, jemputan, dekorasi dan sebagainya.
@anawayachill 2020 Amaze bgtt , semoga kalian gk ngerasain apa yg aku rasa 🙏 #fyp #sayapamitpulang #pamitmopulang
Sedih perkahwinan batal tapi percaya semua pasti ada hikmah
Biarpun sedih dengan pernikahan yang terpaksa dibatalkan namun gadis berkenaan berfikiran positif dan hanya ingin memandang ke hadapan bagi meneruskan hidup seperti biasa. Dia juga percaya semua yang berlaku itu pasti ada hikmahnya kelak.
@anawayachill Dear kamu 🥺 terimakasih sudah berjuang , meski berhenti di H-2 nya kita 🤝🤝🤝 #fyp #SumpahAkanBerubah #sayapamitpulang #fypdongggggggg
Memang berat betul ujian nak nikah. Tuhan akan ganti yang lebih baik daripada ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa perempuan berkenaan. Walau bagaimanapun, mereka semua yakin gadis itu bakal bertemu seseorang yang jauh lebih baik daripada lelaki tersebut.
Sumber: TikTok anawayachill
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
