Isu Semasa

2 Minggu Palsukan Tandatangan, Penganggur Dicekup Jadi ‘Doktor Palsu’

2 Minggu Palsukan Tandatangan, Penganggur Dicekup Jadi 'Doktor Palsu' 1

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Seorang penganggur yang juga berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya dicekup setelah berjaya menyamar sebagai seorang doktor pelatih di sebuah pusat rawatan di Terengganu. Selepas hampir 2 minggu melakukan penyamaran pada Februari yang lalu, helah lelaki tersebut dapat dihidu oleh seorang doktor yang bertugas di sana apabila dia cuba lagi sekali untuk mengulang perbuatannya.

BACA: Abang Menyamar Jadi Lelaki Kacak Bercinta Dengan Adik Sendiri, Bila Kantoi

Sempat beberapa kali ikut doktor melakukan pemeriksaan

Apa yang lebih mengejutkan, suspek juga sempat beberapa kali mengikut doktor di sana sewaktu melakukan rondaan pemeriksaan. Walau bagaimanapun, percubaan suspek untuk mengulangi taktiknya tidak menjadi apabila berjaya dikesan setelah dia gagal menjawab persoalan mudah mengenai dunia perubatan. 

2 Minggu Palsukan Tandatangan, Penganggur Dicekup Jadi ‘Doktor Palsu’
Gambar Sekadar Hiasan

 

Suspek cuma berkelulusan SPM

Lelaki yang berusia 27 tahun itu mendakwa dirinya adalah pelajar perubatan dari sebuah universiti di Kuala Lumpur. Namun, kecurigaan yang ditimbulkan telah memaksa doktor di sana berkenaan menyemak status serta rekod tentangnya melalui bahagian pentadbiran dan mendapati ianya palsu. Selain itu, suspek juga pernah mengikuti kursus fisioterapi di sebuah kolej swasta di Kota Bharu pada tahun 2010 tapi berhenti separuh jalan akibat masalah kewangan. 

2 Minggu Palsukan Tandatangan, Penganggur Dicekup Jadi ‘Doktor Palsu’
Gambar Sekadar Hiasan

Turut palsukan tandatangan

‘Doktor pelatih’ tersebut juga handal dalam memalsukan tandatangan pada beberapa dokumen dalam usaha untuk melaksanakan penyamarannya. Suspek telah berjaya direman selama empat hari membantu siasatan. 

2 Minggu Palsukan Tandatangan, Penganggur Dicekup Jadi ‘Doktor Palsu’
Gambar Sekadar Hiasan

 

Sumber:Berita Harian

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

2 Minggu Palsukan Tandatangan, Penganggur Dicekup Jadi ‘Doktor Palsu’

Facebook

Telegram