Hiburan Inspirasi

2 Minit Nak On Air Siap Lari Pakai Heels, Wanita Dipuji Tak Semput Baca Berita

2 Minit Nak On Air Siap Lari Pakai Heels, Wanita Dipuji Tak Semput Baca Berita 1

Ketika tarikh raya diumumkan secara mengejut, sudah pasti ramai panik untuk melakukan persiapan raya. Malah, ramai juga yang menghadapi pelbagai kisah menarik untuk melakukan persiapan. Namun, sama juga seperti nasib seorang pembaca berita ini kerana terpaksa bergegas untuk menjalankan tugas pada pagi raya.

BACA: Terimbau Kenangan Masa Kecil, Anak-Anak Sebak Terima Suapan Ibu Di Pagi Raya

Throwback first hari raya…dua minit lagi sebelum siaran langsung

Menerusi perkongsian nsyazwni di laman TikTok, dia telah mengimbau kembali kisah melucukan ketika terlewat untuk masuk kerja pada hari pertama Syawal. Jelasnya, apa yang membuat dirinya kelihatan bertambah risau kerana rancangan tersebut akan bersiaran langsung dalam masa 2 minit. Oleh itu, wanita berkenaan terpaksa berlari ala-ala peserta marathon untuk mengambil tempat dan bersedia untuk membaca berita.

2 Minit Nak On Air Siap Lari Pakai Heels, Wanita Dipuji Tak Semput Baca Berita

Berlari dengan kasut tumit tinggi…tapi maintain tak semput masa live

Bagaimanapun, moment itu mungkin menjadi memori sukar dilupakan kerana dirinya masih mampu berlari dengan mengenakan kasut tumit tinggi. Mujurlah dia sempat sampai dan mampu bersiap sedia sebelum on-air. Walaupun pada awalnya kelihatan cemas dan kalut, namun siapa sangka wanita berkenaan mampu membaca berita dengan jelas tanpa sedikit pun rasa mengah.

@nsyazwni

#throwback 1st hurry raya. Literally 2 minutes before live. Sometimes it really feels like im in a marathon especially in heels 😂 #teamkerjaraya

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Kalut-kalut tapi tak dengar pun mengah tu…kalau saya, rasanya dah bernafas macam dinosaur dah

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur melihat kegigihan wanita itu berlari sambil mengenakan kasut tumit tinggi. Malah, ramai juga yang memuji kebolehan serta bakatnya kerana masih mampu bersikap professional biarpun tiba dengan keadaan tergesa-gesa.


2 Minit Nak On Air Siap Lari Pakai Heels, Wanita Dipuji Tak Semput Baca Berita

2 Minit Nak On Air Siap Lari Pakai Heels, Wanita Dipuji Tak Semput Baca Berita

2 Minit Nak On Air Siap Lari Pakai Heels, Wanita Dipuji Tak Semput Baca Berita

2 Minit Nak On Air Siap Lari Pakai Heels, Wanita Dipuji Tak Semput Baca Berita

Kredit: TikTok nsyazwni



Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

2 Minit Nak On Air Siap Lari Pakai Heels, Wanita Dipuji Tak Semput Baca Berita

Facebook

Telegram