Keibubapaan Family Viral

“20 Tahun Tak Jumpa Ayah, Demi Allah Aku Desperately Rindu Gila Dekat Dia…”

Sharing is caring!

Walau cuma berpisah sebentar untuk pergi kerja atau kuliah, siapa saja yang tidak rindukan ibu bapa mereka? Namun apalah sangat dengan rindu yang sekejap itu jika hendak dibandingkan dengan perpisahan yang berdekad-dekad lamanya. Perit menanggung rindu yang tak berpenghujung, demikianlah nasib seorang pemuda ini.

BACA: Kecewa Bakal Tunang Pentingkan Pandangan Orang, Semua Diungkit Konon Berjimat

Mengharapkan kuasa viral Twitter

Baru-baru ini tular apabila seorang pemuda bernama Slash Zuindra Abdullah meminta kerjasama warga media sosial Twitter untuk mencari ayahnya yang tidak dijumpai sejak 20 tahun lepas. Memetik laporan mStar Online, lelaki berusia 25 tahun itu sangat merindukan ayahnya selepas si adik menjumpai sekeping foto lama pada Ahad lalu. Seorang rakannya pula memberi cadangan agar dia menggunakan kuasa viral di media sosial.

“20 Tahun Tak Jumpa Ayah, Demi Allah Aku Desperately Rindu Gila Dekat Dia…”

“20 Tahun Tak Jumpa Ayah, Demi Allah Aku Desperately Rindu Gila Dekat Dia…”

“20 Tahun Tak Jumpa Ayah, Demi Allah Aku Desperately Rindu Gila Dekat Dia…”

Mama & ayah berpisah sejak dia kecil lagi

Tambah Slash lagi, mama dan ayahnya berpisah sejak dia berumur 3 tahun. Selepas perpisahan itu, si ayah membawa diri jauh daripada keluarganya sehingga kini. Menurut pemuda itu lagi, dia berharap dapat berjumpa semula bersama ayahnya iaitu Haizal Mohd Isa dalam masa yang terdekat ini.

“20 Tahun Tak Jumpa Ayah, Demi Allah Aku Desperately Rindu Gila Dekat Dia…”

“20 Tahun Tak Jumpa Ayah, Demi Allah Aku Desperately Rindu Gila Dekat Dia…”

“20 Tahun Tak Jumpa Ayah, Demi Allah Aku Desperately Rindu Gila Dekat Dia…”

“20 Tahun Tak Jumpa Ayah, Demi Allah Aku Desperately Rindu Gila Dekat Dia…”

Mama pun sudah lama cuba cari juga

Selain it, bukan dia seorang sahaja malah si ibu juga mencari bekas suaminya itu. Namun, disebabkan dokumen penting seperti nombor kad pengenalan dan sijil kahwin sudah hilang, pencarian tersebut menemui jalan buntu. Slash sempat menitipkan harapan agar si ayah dapat dijumpai semula walaupun hanya sementara terutamanya apabila bulan Ramadhan dan Syawal yang kian menjelma.

“20 Tahun Tak Jumpa Ayah, Demi Allah Aku Desperately Rindu Gila Dekat Dia…”

“20 Tahun Tak Jumpa Ayah, Demi Allah Aku Desperately Rindu Gila Dekat Dia…”

“20 Tahun Tak Jumpa Ayah, Demi Allah Aku Desperately Rindu Gila Dekat Dia…”

Sumber: Twitter @slaaassshhhh, FB mStar Online

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura