Bagi pasangan beragama Islam, hanya ikatan pernikahan yang sah sahaja membolehkan mereka menatap aurat sesama sendiri secara halal. Ini termasuklah detik-detik ketika suami melihat isteri mereka membuka hijab sekali gus menampakkan rambut untuk pertama kalinya. Dalam perkongsian di bawah pula, ternyata ia menjadi moment yang cukup indah sekali.
BACA : Suami Pandang Tak Berkelip, Wanita Cantik Viral Kahwin Lagi Di Usia 50 Tahun
Langkah suami terhenti lihat isteri freehair kali pertama
Akuan TikTok rbraqa mendedahkan situasi lucu apabila seorang suami ini akhirnya berpeluang melihat isteri yang baru dinikahi dalam keadaan freehair. Seakan-akan tidak percaya dengan ‘pemandangan’ mempesona di hadapan mata sendiri, lelaki ini terkesima sebentar selain memberhentikan langkah dengan wajah tersenyum.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
@rbraqa I rec all my hijabi queens to do this first look 10/10 🤍
Isteri sememangnya seorang wanita cantik persis model
Meskipun kamera tidak dipalingkan ke arah pengantin wanita tersebut, melihat kecantikannya sahaja membuatkan ramai faham mengapa suaminya memberikan reaksi sebegitu. Bukan sahaja memiliki wajah yang menawan bersama hidung mancung bak seludang, malahan dia tampak seperti seorang model kerana mempunyai ketinggian ideal.
@rbraqa One of my favorite summer nights 💛 #memories
@rbraqa
Bila tengok video ni, kita pun tertanya macam mana rupanya….Mesti rambut sis cantik
Sejak dimuat naik ke lama TikTok, rakaman pendek itu sudah mendapat 26.5 juta tontonan daripada netizen. Tatkala ramai yang tertanya bagaimanakah rupa wanita itu saat menanggalkan hijab, mereka juga berseloroh agar satu hari nanti bakal suami akan memberikan reaksi sama.
Kredit : TikTok rbraqa
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura