Family Inspirasi

“2KM Tolak Motor” – Lelaki Bantu 3 Beranak Kehabisan Minyak Undang Sebak Ramai

“2KM Tolak Motor” – Lelaki Bantu 3 Beranak Kehabisan Minyak Undang Sebak Ramai

Nasib setiap individu tidaklah serupa, sesetengah hidup dalam keadaan senang dan ada yang diuji dengan kesempitan. Namun, kita sering mendengar nasihat agar sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Walaupun seperit mana kehidupan, pasti ada yang lebih susah daripada kita.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Balik dari Simujan ke Kuching kehabisan minyak, tolak motor hampir 2KM…sebak dengar cerita seorang suami

Seorang lelaki sempat menceritakan satu kisah sewaktu terserempak dengan sepasang suami isteri bersama seorang anaknya sedang menolak motor akibat kehabisan minyak. Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, dia berasa sebak apabila mengetahui bahawa lelaki tersebut hanya tersisa RM1 di dalam poket dan telah ‘mendorong’ motornya sejauh 2 kilometer dari Simujan menuju ke Kuching.

@ahleps0810

Balik Dari simujan ke kch kehabisan minyak,tolak moto hampir 2km,sebak dgr cerita seorg suami.#tiktoksarawak #sarawakian #tiktoksamarahan #tiktokkuchingsarawak #tiktokmalaysia #sarawakfyppp #tiktoksimunjan

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Aku dapat rasa macam mana penat tolak motor hampir 2KM…menitis air mata lihat raut wajah anaknya

Zahir rasa simpati terhadap nasib mereka, lelaki tersebut nekad membantu dengan membelikan minyak serta sedikit makanan dan minuman untuk supaya dapat jadi alas perut. Apa yang menyedihkan adalah tatkala melihat reaksi anak kecil itu yang sangat gembira ketika menerima ‘rezeki’ tersebut seperti sudah lama tidak makan.

@ahleps0810

Aku dpt rasa mcm mana penat tolak moto hampir 2km,Menitis air mata lihat raut wajah anak nya #tiktoksarawak #tiktoksamarahan #tiktokkuchingsarawak #sarawakfyppp #sarawakian #tiktokmalaysia #tiktoksimunjan

♬ Sholawat Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Subhanallah, semoga dipermudahkan untuk mereka bertiga…abg cakap tunggu sekejap pergi beli minyak pun saya dah sebak

Dalam pada itu, ruangan komen juga turut dibanjiri dengan kata-kata pujian serta doa selepas melihat niat baik lelaki berkenaan membantu insan yang dalam kesusahan. Mereka juga berharap agar keluarga tersebut selamat serta sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan dunia.

“2KM Tolak Motor” – Lelaki Bantu 3 Beranak Kehabisan Minyak Undang Sebak Ramai

“2KM Tolak Motor” – Lelaki Bantu 3 Beranak Kehabisan Minyak Undang Sebak Ramai

“2KM Tolak Motor” – Lelaki Bantu 3 Beranak Kehabisan Minyak Undang Sebak Ramai

Kredit: TikTok ahleps0810

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“2KM Tolak Motor” – Lelaki Bantu 3 Beranak Kehabisan Minyak Undang Sebak Ramai

Facebook

Telegram