‘3 BangIa Ni Teruja Nak Melawat, Tapi Diorang Tak Tahu Kawan Dia Dah Tak Ada..’

Bekerja di luar negara sebagai buruh kasar demi mendapatkan gaji yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan negara asal sememangnya satu cabaran besar buat golongan yang berstatus orang asing di negara ini. Mereka terpaksa berjauhan dengan keluarga, membuatkan golongan ini terdorong untuk mempunyai ikatan persahabatan yang kuat sesama mereka kerana itulah satu-satunya saudara yang dimiliki mereka sepanjang berjuang mencari rezeki. 

BACA: ‘Jangan Layan Sangat..’ –  Wanita Sedih Keluarga & Tunang Perlekeh Depression

Gambar sekadar hiasan

Semua muka nampak happy nak lawat member

Sebuah cerita sedih yang dikongsikan seorang lelaki bernama Azriman di Twitter tentang tiga sahabat berwarga BangIadesh telah merobek hati para netizen. Suatu hari, Azriman yang bekerja di sebuah hospitaI  telah ditugaskan untuk menjaga kaunter. Ketika itulah dia menerima kehadiran tiga sahabat ini yang dilihat berpakaian sangat kemas.

Gambar sekadar hiasan

Kesian.. datang jauh2 nak kerja

Dari air muka, Azriman menyifatkan mereka sedang teruja untuk melawat seseorang di hospitaI tersebut namun siapa sangka tiga sahabat ini rupanya tidak tahu bahawa rakan yang ingin dilawat mereka telah ‘tiada’. 

Gambar sekadar hiasan

Tiga2 menangis tengok kawan diorang dah tak bernyawa

2 orang tu berpeIukan.. sorang lagi nampak tabah

Sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan, situasi itu amat merobek jiwa Azriman. Dia begitu sedih mengenangkan nasib ketiga-tiga sahabat ini yang berdepan hakikat bahawa rakan  karib mereka telah tiada. Sedangkan waktu itu mereka begitu teruja ingin melawatnya. 

Gambar sekadar hiasan

MeninggaI masa mandi kat air terjun

Sumber: Twitter MSazriman

Apa Komen Anda?