Viral

3 Beradik Sempat Jerit Sebelum ‘Hanyut’, Barangan Peribadi Pula Jadi Petunjuk..

Sharing is caring!

Bila turun sahaja ke sungai atau kawasan air terjun, pastinya aktiviti mandi-manda menjadi antara perkara yang menyeronokkan. Apa lagi jika pergi bersama keluarga mahupun rakan, ia merupakan satu kenangan yang sangat indah dinikmati. Namun begitu, adakalanya kegembiraan boleh bertukar menjadi satu tragedi seperti yang menimpa tiga remaja ini.

BACA : Diterbangkan & Dibawa Menyurusi Sungai, Jasad Jurutera Muda Dicemburui Ramai..

Kegembiraan Syawal bertukar tragedi

Kegembiraan tiga beradik bermandi-manda di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong pada Syawal keempat bertukar sayu selepas kesemua mereka dikhuatiri hanyut. Perkhabaran duka ini turut dikongsi oleh salah seorang ahli keluarga remaja terbabit dikenali sebagai Yaya menerusi satu posting yang dimuat naik ke laman Twitter semalam.


3 Beradik Sempat Jerit Sebelum ‘Hanyut’, Barangan Peribadi Pula Jadi Petunjuk..

3 Beradik Sempat Jerit Sebelum ‘Hanyut’, Barangan Peribadi Pula Jadi Petunjuk..

Sekelip mata, timbulkan lah mereka..

Ketiga-tiga mereka dikatakan berkunjung ke sungai yang terletak kira-kira 300 meter dari kediaman sekitar jam 6 petang Rabu. Mereka dikenali sebagai Umar Iskandar Mohd (21 tahun), Khairil Firdaus (17 tahun) dan seorang lagi adik iaitu Khalif Naim (16 tahun).

  3 Beradik Sempat Jerit Sebelum ‘Hanyut’, Barangan Peribadi Pula Jadi Petunjuk..

Terdengar jeritan minta tolong tapi tiada kelibat dijumpai

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud memaklumkan insiden itu hanya disedari empat pemancing yang berada di seberang sungai selepas mendengar suara meminta tolong. Namun sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kesemua mereka telah hilang sebelum pemancing itu memaklumkan kepada penduduk kampung.


3 Beradik Sempat Jerit Sebelum ‘Hanyut’, Barangan Peribadi Pula Jadi Petunjuk..

3 Beradik Sempat Jerit Sebelum ‘Hanyut’, Barangan Peribadi Pula Jadi Petunjuk..

Barang peribadi menjadi petunjuk..

Difahamkan seramai 41 kekuatan anggota melibatkan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) melancarkan operasi pencarian sejurus menerima maklumat. Manakala hasil pengecaman oleh bapa remaja terbabit telah mengesahkan beberapa barang peribadi yang ditemui termasuk pakaian, selipar dan telefon bimbit milik anaknya.

Sumber : Twitter yayayayaaaah, Astro Awani


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!