“3 Pagi Aku Terjaga, Baby Dah Tak Bergerak…Aku Terus Kejut Suami Tapi…”

Menanti kelahiran bayi baru boleh menjadi perkara yang menyeronokkan. Bukan sekadar sibuk memikirkan nama, namun masa inilah ibu bapa sakan menyediakan barang keperluan. Namun semuanya hanya tinggal kenangan buat seorang wanita ini apabila bayinya yang menunggu masa untuk lahir ‘pergi’ dijemput Illahi. Perkara itu dikongsikan menerusi Twitternya dan sehingga kini sudah mendapat sekitar 10,000 retweets!

Baca : Tidak Pernah Haid Seumur Hidup, Wanita Ini Dedah Pengalaman Hidup Tanpa Rahim!

Ini adalah kisah tentang lelaki hebat yang aku kahwini. Lelaki yang aku akan hormat sampai bila-bila. Ini kisah tentang sayangku, Bulkiah Mahmut!

Advertisement

Kami baru kehilangan anak. Ingatkan sempat sampai 40 minggu, tapi Allah sebaik-baik perancang. Bangun jam 3 pagi, rasa pelik sebab bayi tak aktif. Cepat-cepat kejut suami pergi pusat kesihatan. Doktor datang cek degup j4ntung banyak kali. Dalam masa 2 minggu, bila-bila masa aku boleh beranak. Malam tu juga aku terus beli barang bayi.

Advertisement

Selepas pemeriksaan dibuat, apa yang disahkan doktor memang menguji jiwa wanita ini. Nampaknya, Allah lebih menyayangi anaknya. Doktor telah mengesahkan bahawa kandungannya gagal diselamatkan dan meskipun pada awalnya dia tidak percaya, semuanya terbukti selepas pemeriksaan beberapa kali dilakukan.

“Puan, degup4n j4ntung kandungan ini tak dapat dikesan lagi”

Advertisement

Pada awalnya, suaminya juga tidak dapat menerima kenyataan tentang berita sedih anak mereka itu. Oleh itu, dia mendesak agar doktor melakukan pemeriksaan. Jikalau si ayah sudah sedih, apa lagi perasaan pilu yang dirasai oleh ibu yang mengandung.

Advertisement

Melihat pengorbanan isterinya yang berusaha meneran anak mereka, suaminya juga merasa sangat terharu dan dalam masa sama memahami keper1tan seorang wanita. Sekaligus, dia menjadi lebih menghargai.

Advertisement

Akur dengan ketentuan Allah, suami isteri ini menganggap pemergian bayi sulung mereka ini bakal menjadi asbab tiket mereka ke syurga. Apa yang pergi biarlah berlalu dan wanita ini akan sentiasa mendoakan anaknya itu.

Advertisement

Di hujung perkongsiannya, wanita ini sempat menitipkan penghargaan buat suaminya yang kekal setia dalam susah dan senang selama ini. Meskipun anaknya ditarik, namun sebenarnya Allah sudah mengurniakan suami yang amat baik buat dirinya.

Advertisement

Terima kasih kerana jaga saya sepanjang tempoh mer0yan

Advertisement

Sumber : Twitter Rice Bunny

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?