Family Kehidupan Viral

3 Sekeluarga Keluar Rumah, Lelaki Cari Ibu Kandung Terpaksa Rayu Bantuan Orang

Sharing is caring!

Kadangkala sebagai seorang ketua keluarga, keputusan yang terbaik haruslah dilakukan walaupun dalam keadaan drastik untuk mencari jalan keluar daripada masalah. Tanpa memikirkan risiko yang akan datang, lelaki bernama Mohamad Affandi Mohamed Jufri ini akhirnya terpaksa memohon bantuan ramai.

BACA:Cabar Pahala Puasa, Frontliner Dedah Sikap Penduduk Degil Ambil Sampel COVID-19


Hanya berbekalkan RM1,000 & tinggal di bilik sewa

Memetik laporan Harian Metro, dia bersama isteri iaitu Siti Hajar Mohd Sharom serta anak lelaki mereka (Muhammad Haziq Hakimi) telah bertindak keluar dari rumah gara-gara menghadapi masalah keluarga. Selepas menyewa sebuah bilik di Larkin, lelaki berusia 31 tahun itu nekad menjejaki ibu kandungnya di Kuantan pula walaupun cuma berbekalkan wang simpanan sebanyak RM1,000 sahaja.

3 Sekeluarga Keluar Rumah, Lelaki Cari Ibu Kandung Terpaksa Rayu Bantuan Orang

Terkandas kerana PKP di rumah kawan

Keluarga ini bagaimanapun terkandas dan terpaksa tinggal bersama seorang kenalan selama hampir 2 bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tidak lama kemudian, mereka berteduh pula di terminal bas Jengka selama 2 minggu dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Kuantan sebelum ditumpangkan oleh seorang individu ke sana.


3 Sekeluarga Keluar Rumah, Lelaki Cari Ibu Kandung Terpaksa Rayu Bantuan Orang

3 Sekeluarga Keluar Rumah, Lelaki Cari Ibu Kandung Terpaksa Rayu Bantuan Orang

Rumah ibu kosong, kini tidak tahu mahu ke mana lagi

Malangnya, kediaman yang didakwa dihuni oleh ibu kandung Affandi sebenarnya telah kosong dan maklumat daripada jiran tetangga juga seperti tidak membantu. Kini dengan duit simpanan yang semakin susut, mereka berada di sekitar Terminal Larkin, Johor Bahru dan masih tidak mempunyai hala tuju.

3 Sekeluarga Keluar Rumah, Lelaki Cari Ibu Kandung Terpaksa Rayu Bantuan Orang

3 Sekeluarga Keluar Rumah, Lelaki Cari Ibu Kandung Terpaksa Rayu Bantuan Orang

3 Sekeluarga Keluar Rumah, Lelaki Cari Ibu Kandung Terpaksa Rayu Bantuan Orang
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!