Cinta Kehidupan Viral

3 Tahun Berjuang, Tunang Selamba Minta Putus Kantoi Dirakam Dating Lelaki Lain

3 Tahun Berjuang, Tunang Selamba Minta Putus Kantoi Dirakam Dating Lelaki Lain 1

Setelah bertahun menjalinkan hubungan, setiap orang pasti ingin menghalalkan insan istimewanya secepat mungkin. Namun siapa sangka ketika kita sedang sibuk bekerja mengumpul simpanan untuk memasuki alam perkahwinan, ada pula pasangan yang berselingkuh demi kepuasan serta kepentingan sendiri.


BACA: Suami Kantoi Nikah Lain, Muka Isteri Steady Siap Boleh Bergambar Atas Pelamin

Aku kerja selama 6 bulan…Kumpul duit nak beli emas untuk tunang aku

Sebuah video dimuat naik melalui akaun @arxxff_ tular selepas berkongsi kisah sedihnya. Pada suatu hari, dia membeli barangan kemas untuk diberikan kepada tunangnya. Dia amat bersyukur kerana hasil titik peluhnya bekerja selama 6 bulan  akhirnya membuahkan hasil sehingga mampu membelikan sesuatu buat wanita yang dicintainya.

3 Tahun Berjuang, Tunang Selamba Minta Putus Kantoi Dirakam Dating Lelaki Lain


Belakang aku dia dengan lelaki lain…Penat 3 tahun jaga jodoh orang, Allah je tahu perasaan ni

Namun ketika pemilik video ini berada di sebuah pusat membeli belah, alangkah terkejutnya dia apabila ternampak tunangnya sedang berpegangan tangan dengan lelaki lain. Kecewa dengan perkara tersebut, wanita berkenaan dengan selambanya meminta putus kerana menganggap insan yang ditemui itu mampu memenuhi keinginannya.


@arxxff_

3 tahun.. hancur sekelip mata #fyp #fypシ

♬ semangat ngontennya – You+Me?

Syukur Allah tunjukkan siapa dia yang sebenar…Awak akan jumpa seorang wanita yang hargai awak nanti

Sejak dikongsikan semalam, video berkenaan telah meraih hampir 300 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan ujian yang dilalui oleh pemilik video ini. Dalam masa sama, mereka memberikan kata-kata semangat kepadanya.

3 Tahun Berjuang, Tunang Selamba Minta Putus Kantoi Dirakam Dating Lelaki Lain

3 Tahun Berjuang, Tunang Selamba Minta Putus Kantoi Dirakam Dating Lelaki Lain

3 Tahun Berjuang, Tunang Selamba Minta Putus Kantoi Dirakam Dating Lelaki Lain

3 Tahun Berjuang, Tunang Selamba Minta Putus Kantoi Dirakam Dating Lelaki Lain

Kredit: TikTok arxxff_

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

3 Tahun Berjuang, Tunang Selamba Minta Putus Kantoi Dirakam Dating Lelaki Lain

Facebook

Telegram