Inspirasi Isu Semasa

3 Tahun Bersara, Bekas Jururawat Sanggup Berkhidmat Semula Demi Lawan COVID-19

Sharing is caring!

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyatakan hasrat mereka untuk memanggil semula bekas doktor dan jururawat demi memantapkan lagi barisan hadapan negara. Langkah ini dilihat sebagai cara terbaik bagi menyokong pasukan perubatan sedia ada yang dikatakan hampir lumpuh gara-gara krisis COVID-19.

BACA: Setiap Hari Ada Staf Kesihatan Positif COVID-19, Doktor Minta Orang Ramai Jujur


3 Tahun Bersara, Bekas Jururawat Sanggup Berkhidmat Semula Demi Lawan COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Sanggup berkhidmat demi bantu negara

Demi menyahut seruan tersebut, seorang bekas jururawat yang pernah berkhidmat di United Kingdom (UK) iaitu Biby Maideen dengan rela hati menyumbangkan tenaganya sebagai sukarelawan Malaysia. Memetik laporan MalaysiaKini, Biby yang sudah 3 tahun bersara menganggap bahawa ini sahaja pengorbanan yang mampu dilakukan sepanjang hayatnya selain mengakui bahawa ajal boleh menjemputnya bila-bila masa sahaja.

3 Tahun Bersara, Bekas Jururawat Sanggup Berkhidmat Semula Demi Lawan COVID-19 3 Tahun Bersara, Bekas Jururawat Sanggup Berkhidmat Semula Demi Lawan COVID-19

3 Tahun Bersara, Bekas Jururawat Sanggup Berkhidmat Semula Demi Lawan COVID-19
Kredit foto: MalaysiaKini

Anak-anak beri sokongan penuh

Keputusan untuk menyertai misi sukarelawan melawan wabak COVID-19 bagaimanapun telah mendapat restu daripada anak-anaknya. Meskipun persaraannya 3 tahun lalu adalah atas permintaan mereka, namun untuk misi kali ini mereka seakan memberikan sokongan yang padu buat wanita berusia 68 tahun ini.


3 Tahun Bersara, Bekas Jururawat Sanggup Berkhidmat Semula Demi Lawan COVID-19

3 Tahun Bersara, Bekas Jururawat Sanggup Berkhidmat Semula Demi Lawan COVID-19
Kredit foto: MalaysiaKini

Pernah berdepan banyak virus di luar negara

Tambah wanita ini lagi, dia juga berpengalaman dalam menguruskan masalah kesihatan berjangkit seperti Norovirus dan Winter Virus yang hanya ada pada musim sejuk di sana. Oleh itu, persiapan dari segi peralatan perlindungan diri (PPE) adalah amat penting pada saat itu. Kebanyakan masanya juga dihabiskan dengan menjadi jururawat di rumah jagaan orang tua serta melakukan penjagaan paliatif.

3 Tahun Bersara, Bekas Jururawat Sanggup Berkhidmat Semula Demi Lawan COVID-19

Sumber: Portal MalaysiaKini


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

3 Tahun Bersara, Bekas Jururawat Sanggup Berkhidmat Semula Demi Lawan COVID-19

Sharing is caring!