3 Wanita Ini Buktikan 3 Kepercayaan Masa Mengandung Sebenarnya Mitos!

Pelbagai kepercayaan dan mitos boleh didengari mana-mana wanita yang sedang mengharungi tempoh kehamilan. Secara tidak langsung, ia mampu ‘menghantui’ pengalaman mengandung mereka selama 9 bulan. Kadangkala, ada kepercayaan yang boleh dikatakan karut dan merepek, tetapi tetap dipercayai mereka atas faktor sekeliling. Mitos-mitos ini sebenarnya wujud bagi menjaga ibu hamil daripada membuat perkara yang boleh memudaratkan kandungan. 

 

BACA: “Aeril Excited Macam Anak Sulung!” – Lepas 4 Tahun, Wawa Zainal Sah Hamil Lagi!

Gambar sekadar hiasan

Namun, sejauh mana kebenaran mitos tersebut, ia bergantung pada kepercayaan seseorang. 3 wanita ini telah menceritakan pengalaman mereka sepanjang tempoh kehamilan dengan mitos-mitos yang pernah mereka dengar.

1. Amy Zuhaira 

Mitos banyak makan daging untuk dapat anak lelaki 

Saya memang nak anak lelaki.. terus bulat2 percaya 

Dulu saya tak percaya.. dah mengandung lain pula ceritanya

Meskipun tidak memiliki anak lelaki seperti yang diidamkan, namun Amy, 29 tetap bersyukur dengan jantina anak yang dikurniakan. 

2. Syafika Syahiza 

Mitos minum kopi nanti anak hitam

Berbeza dengan Amy, Syafika (28 tahun) memilih untuk tidak mempercayai sebarang mitos meskipun mendengar pelbagai kepercayaan tentang itu. Dia sebaliknya menjalani tempoh kehamilannya seperti biasa.  

Rimas jugaklah.. memilih tak percaya sebab saya jenis keras kepala sikit 

Antara mitos yang didengari Syafika

Jujur.. saya sebenarnya agak percaya juga mitos kopi tu 

3. Dayang Amalina 

Mitos bentuk perut penentuan jantina anak 

Bagi Dayang (29 tahun) pula, dia tidak terus mempercayai mitos ini bulat-bulat sebaliknya mengujinya bersama dengan seorang lagi kawan. 

Kalau bulat bayi perempuan, kalau bujur bayi lelaki 

Saya terus buat kesimpulan mitos ni sebenarnya tepat 

Adik saya perut bujur.. tapi anak perempuan

Sumber: SAYS

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?