Viral Kehidupan

30 Minit Tunggu Owner Tak Keluar Rumah, Netizen Ingatkan Jangan ‘Sidai’ Rider

30 Minit Tunggu Owner Tak Keluar Rumah, Netizen Ingatkan Jangan ‘Sidai’ Rider 1

Sejak beberapa tahun lalu, trend membeli barangan secara dalam talian sudah digemari oleh ramai orang. Hal ini kerana, selalunya harga produk yang ditawarkan jauh lebih murah di samping pembeli dapat menjimatkan masa serta tenaga. Namun realitinya, terdapat ramai pelanggan tidak bertanggungjawab membiarkan rider menunggu lama ketika menghantar barang yang dipesan.

BACA: Tak Nak Turun Ambil Makanan Dah Sampai, Rider Terkejut Benda Lain Pula Muncul

Tadi aku dengar rider hon banyak kali kat luar…Kena ‘sidai’ 30 minit tapi customer tak keluar

Sebuah video dimuat naik oleh amriofficiall tular apabila dia merakamkan kegigihan seorang rider ketika menghantar barang ke sebuah rumah. Menurut pemilik video tersebut, hon telah dibunyikan berkali-kali namun tuan rumah masih belum memunculkan diri.

30 Minit Tunggu Owner Tak Keluar Rumah, Netizen Ingatkan Jangan ‘Sidai’ Rider

Pengorbanan seorang rider kita tak tahu…Dia hantar sampai depan pintu rumah

Selepas setia menunggu selama 30 minit, lelaki berhelmet itu mengambil keputusan untuk memanjat pagar supaya barang dapat diletakkan di tempat lebih selamat. Namun rupanya, tuan empunya barang ternyata ada di dalam rumah ketika itu. Walau bagaimanapun, individu tersebut mungkin tertidur lena sehingga tidak menyedari kehadiran lelaki yang menghantar barang berkenaan.

@amriofficiall

staystrong bro #tiktokmalaysia #fypシ #fyp #foryoupage #sendu #rider

♬ original sound – joraffi – joraffi

Kalau ada orang kenapa dia tak bukakan pintu? Kenapa biarkan rider panjat keluar semula?

Sejak dikongsikan semalam, video berdurasi 30 saat itu telah meraih 700 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat kasihankan rider berkenaan. Dalam masa sama, ada yang juga mengingatkan agar tidak memperlakukan golongan tersebut seperti itu jika membuat pembelian secara dalam talian.

30 Minit Tunggu Owner Tak Keluar Rumah, Netizen Ingatkan Jangan ‘Sidai’ Rider

30 Minit Tunggu Owner Tak Keluar Rumah, Netizen Ingatkan Jangan ‘Sidai’ Rider

30 Minit Tunggu Owner Tak Keluar Rumah, Netizen Ingatkan Jangan ‘Sidai’ Rider

30 Minit Tunggu Owner Tak Keluar Rumah, Netizen Ingatkan Jangan ‘Sidai’ Rider

Kredit: TikTok amriofficiall

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

30 Minit Tunggu Owner Tak Keluar Rumah, Netizen Ingatkan Jangan ‘Sidai’ Rider

Facebook

Telegram