Cinta

4 Bulan Bahagia Sebelum Kehilangan, Allah Jemput Anak Isteri Serentak

Sharing is caring!

Manusia diuji mengikut kemampuan dirinya, tiada yang lebih hebat melainkan sabar, reda serta doa sebagai sumber kekuatan ketika ditimpa musibah. Walaupun pemergian insan tersayang tidak dapat ditahan, keyakinan akan ‘bertemu’ suatu hari nanti mengubati hiba di hati. Bergitulah perasaan yang dirasai seorang pengguna Twitter  yang hanya mampu menikmati kehidupan berkeluarga selama 4 bulan.

BACA: “Sekarang Giliran Saya” – Lelaki Ceritakan Kisah Cinta Sejati Di Pusara Ayahnya

Suatu hari nanti, saya akan jumpa awak…

Baru-baru ini, Muhammad Syahir telah berkongsi di laman sosial miliknya akan pemergian anaknya Muhammad Noah serta isteri tercinta iaitu Nurshakira Ameera. Wanita tersebut telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 Mac 2020 sehari selepas pemergian anaknya. Menurut Syahir, isterinya menghidap leukemia di samping terkena jangkitan kuman pada paru-paru dan juga tonsil. Lebih mengharukan, isterinya  sedang mengandung 15 minggu  ketika sedang menanggung ujian tersebut. 

4 Bulan Bahagia Sebelum Kehilangan, Allah Jemput Anak Isteri Serentak

4 Bulan Bahagia Sebelum Kehilangan, Allah Jemput Anak Isteri Serentak

Hanya tinggal kenangan

Bermula janji temu pertama mereka pada tahun 2012, tumbuhlah kisah cinta antara Syahir dan isterinya Nurshakira. Pengenalan 6 tahun cukup membawa mereka kepada hubungan yang lebih serius dan akhirnya, teman istimewa ini naik ke jinjang pelamin pada 22 November 2019. Walaupun jodoh mereka hanya bertahan dari November 2019 hingga Mac 2020, tetapi ia cukup memberi kenangan terindah sebelum anak dan isterinya bertemu pencipta.


 

4 Bulan Bahagia Sebelum Kehilangan, Allah Jemput Anak Isteri Serentak

4 Bulan Bahagia Sebelum Kehilangan, Allah Jemput Anak Isteri Serentak

4 Bulan Bahagia Sebelum Kehilangan, Allah Jemput Anak Isteri Serentak

Moga Allah beri kekuatan

Perkongsian sedih tersebut telah mendapat lebih daripada 20 ribu retweet. Melihat di ruangan komen, rata-rata mengucapkan takziah atas pemergian yang dialami Syahir. Selain itu, netizen tidak putus-putus mendoakan untuk keluarga Syahir agar tabah menempuh dugaan ini serta berharap isterinya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. 4 Bulan Bahagia Sebelum Kehilangan, Allah Jemput Anak Isteri Serentak

4 Bulan Bahagia Sebelum Kehilangan, Allah Jemput Anak Isteri Serentak


4 Bulan Bahagia Sebelum Kehilangan, Allah Jemput Anak Isteri Serentak4 Bulan Bahagia Sebelum Kehilangan, Allah Jemput Anak Isteri Serentak

Sumber: Twitter Muhammad Syahir


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

4 Bulan Bahagia Sebelum Kehilangan, Allah Jemput Anak Isteri Serentak

Sharing is caring!