Pada Februari lalu, Adam’s Autisme Family sempat berkongsikan kisah sedih apabila tuan rumah enggan memperbaharui kontrak rumah sewa mereka. Rupa-rupanya, jiran sekitar kediaman didapati telah mengadu terganggu dan tertekan dengan bunyi bising didakwa berpunca daripada Adam.
BACA : Masih Pakai Lampin Tapi Mampu Hafaz 30 Juzuk, Budak Autisme Buat Netizen Kagum
Kami sebenarnya rancang berpindah apabila rumah kami siap dibina dalam masa beberapa tahun saja lagi
Tiada pilihan lain, mereka terpaksa mengemas semua barang untuk keluar berpindah mencari rumah baru dengan kadar segera. Mengenangkan kejadian tersebut, mereka akui kesal walhal Adam tidaklah kerap membuat bising seperti yang diperkatakan. Bahkan apabila jiran-jiran ada urusan penting misalnya seperti mesyuarat, anak istimewa berusia 20 tahun itu akan dibawa berjalan-jalan di dalam kereta selama berjam-jam supaya tidak menganggu.
Akhirnya doa kami untuk mendapat tempat tinggal yang lebih bagus untuk Adam & kami sekeluarga tercapai juga
Alhamdulillah setelah 4 bulan mencari, akhirnya mereka telah menemukan sebuah rumah sewa yang sesuai didiami buat masa sekarang. Bapanya, Iman Wan Tuck Meng sempat melaungkan azan serta membacakan doa tertentu sebelum Adam dibawa masuk. Betapa lega dan gembira, remaja berkenaan nampak begitu suka dengan kediaman baru tersebut.
Jiran sebelah terus belanja kami Nasi Dagang…Dia juga seorang pencinta kucing dan ada bela 40 ekor kucing
Lebih disyukuri lagi, mereka juga dapat berkenalan dengan Kak Noor iaitu jiran rumah sebelah yang dikatakan sangat baik orangnya. Tambahnya lagi, proses pemindahan masuk barang-barang akan dibuat sekitar hujung minggu nanti.
Kredit : Instagram Adam’s Autisme Family
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
