Bercinta Dengan Orang Lain 4 Tahun , Akhirnya Kahwin Dengan Kawan Baik Sendiri!

Trending di Twitter kini tentang perkahwinan antara rakan baik yang akhirnya tidak sangka mempunyai jodoh bersama. Antaranya adalah Instafamous Yasmin Redzuan, atau lebih dikenali dengan nama Princess Meenie. Dalam diam, siapa sangka akhirnya dia telah menamatkan zaman bujang dengan jejaka bernama Azizi Adil walaupun pernah mengikat tali pertunangan dengan bekas buah hatinya, Aizat pada tahun lepas.

BACA: Kahwin Sampai 4 Kali, Lelaki Hafiz Ini Dedah Realiti Hidup Dalam Broken Family!

Perkara itu telah diumumkan Yasmin sendiri melalui akaun Instagram miliknya pagi tadi. Menurutnya, Aidil merupakan kawan baik yang telah dikenalinya selama lapan tahun. Malah keputusannya untuk berkahwin dengan lelaki ini juga disifatkan sebagai keputusan terbaik yang dibuat tanpa sebarang rasa ragu-ragu. 

Saya tak tahu & tak berdaya…tapi Allah jawab semua doa saya

Antara foto-foto sepanjang majlis perkahwinan mereka

Semasa diiring masuk ke dewan

Majlis mereka diserikan dengan kehadiran ramai tetamu, termasuklah kenalan selebriti dan Instafamous lain. 

Berita tentang perkahwinan Yasmin telah hangat diperkatakan di Twitter. Rata-rata pengikutnya gembira dengan berita itu meskipun agak terkejut dengan individu yang berkahwin dengannya.

Hal ini membuatkan ramai sedar sekuat mana pun percintaan seseorang itu, namun jika ditakdirkan tiada jodoh maka tiadalah ia. Itulah yang berlaku pada Yasmin dan Aizat meskipun mereka telah bercinta selama empat tahun.  

Aku tahu dia dan Aizat dah broke up

Bercintalah bagai nak rak, kalau takde jodoh takde jugak

Betul lah jodoh tu rahsia Allah

Nak nangis dapat tahu Meen dah kahwin dengan orang lain

Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain

Sumber: Twitter, IG princessmeenie

Apa Komen Anda?