Antarabangsa Artis Viral

4 Tahun Bercinta, Kwang-soo ‘Pucat Lesi’ Tersalah Teka Suara Aweknya Sendiri

4 Tahun Bercinta, Kwang-soo 'Pucat Lesi' Tersalah Teka Suara Aweknya Sendiri 1

Selepas muncul bersama dalam rancangan ‘Running Man‘, Lee Kwang-soo pada tahun 2028 dahulu pernah membuat pengumuman rasmi dia sedang bercinta dengan Lee Sun Bin. Meskipun berita itu cukup membuatkan ramai teruja, dia sangat jarang bercakap mengenai hubungan istimewa tersebut apalagi mendedahkan kemesraan secara umum. Ringkasnya, kedua-duanya sangat menjaga privasi.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

4 Tahun Bercinta, Kwang-soo ‘Pucat Lesi’ Tersalah Teka Suara Aweknya Sendiri

Kwang-soo muncul dalam sebuah rancangan…Main game teka tajuk drama

Meskipun telah keluar daripada ‘Running Man’ pada tahun lalu, nampaknya dia membuat kemunculan semula dalam sebuah variety show ini. Tampil dengan konsep sama, ketika itu dia bersama artis jemputan lain sedang bermain game teka tajuk drama Korea berdasarkan lagu OST yang diperdengarkan.

4 Tahun Bercinta, Kwang-soo ‘Pucat Lesi’ Tersalah Teka Suara Aweknya Sendiri

4 Tahun Bercinta, Kwang-soo ‘Pucat Lesi’ Tersalah Teka Suara Aweknya Sendiri

4 Tahun Bercinta, Kwang-soo ‘Pucat Lesi’ Tersalah Teka Suara Aweknya Sendiri

Kwang-soo dibahan artis lain sebab tidak kenal suara awek sendiri

Malang sekali ketika mendengar nyanyian Sun Bin, Kwang-soo telah memberikan jawapan salah kerana pendengarannya kurang jelas. Sedar dia sudah tersalah memberi jawapan walhal teman wanitanya berlakon dalam drama berkenaan, rakan artis lain mula ‘membahan’ kerana dia tidak peka.

Apa yang kita expect, trademark dia memang buat orang ketawa…Patutnya pasang lagu ‘Running Man‘ dia

Menerusi ruangan komen, peminat ibarat terubat rindu selepas menyaksikan klip tersebut sekali gus memuji sikap lawak Kwang-soo yang masih sama. Pun begitu, mereka tidak pelik kerana sejak dahulu lagi pelakon tinggi lampai itu sememangnya bijak membuat penonton ketawa.

4 Tahun Bercinta, Kwang-soo ‘Pucat Lesi’ Tersalah Teka Suara Aweknya Sendiri

4 Tahun Bercinta, Kwang-soo ‘Pucat Lesi’ Tersalah Teka Suara Aweknya Sendiri

4 Tahun Bercinta, Kwang-soo ‘Pucat Lesi’ Tersalah Teka Suara Aweknya Sendiri

Kredit : Facebook Kpop World

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

4 Tahun Bercinta, Kwang-soo ‘Pucat Lesi’ Tersalah Teka Suara Aweknya Sendiri

Facebook

Telegram