Isu Semasa Viral

47 Petugas Kesihatan Positif COVID-19, Berjangkit Melalui Majlis Perkahwinan

Sharing is caring!

Hari ini kerajaan telah mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari. Hal ini kerana dilihat jumlah jangkitan semakin meningkat saban hari walalupun 95% rakyat Malaysia telah mematuhi arahan tersebut. Walaupun banyak langkah pencegahan telah dilakukan, namun wabak berkenaan menyerang individu termasuk petugas kesihatan.

BACA : Gara-Gara Berdegil Tak Ikut Arahan KKM, Barisan Hadapan Negara Mungkin Lumpuh


47 Petugas Kesihatan Positif COVID-19, Berjangkit Melalui Majlis Perkahwinan
Gambar sekadar hiasan

Dijangkiti semasa hadir majlis perkahwinan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan seramai 73 kakitangan perubatan disahkan positif COVID-19. Siapa sangka, hasil siasatan mendapati punca utama mereka dijangkiti adalah bukan kerana semasa melakukan proses saringan individu dijangkiti koronavirus di fasiliti KKM. Sebaliknya 47 petugas tersebut terkena wabak berkenaan semasa menghadiri majlis perkahwinan yang turut dihadiri oleh jemaah tabligh.

47 Petugas Kesihatan Positif COVID-19, Berjangkit Melalui Majlis Perkahwinan
Gambar sekadar hiasan

Mohon frontliner untuk buat saringan

Datuk Dr. Noor Hisham juga meminta kesemua petugas di barisan hadapan untuk menjalani screen test di pusat rawatan. Hal ini kerana majoriti kakitangan yang disahkan positif itu mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara semasa wabak tersebut mula menular Januari lalu. Selain itu, mereka yang pernah ada kontak rapat dengan keluarga individu dijangkiti COVID-19 juga disarankan untuk membuat saringan. Dalam pada itu beliau turut memberitahu seramai lebih seribu anggota kesihatan KKM yang terlibat dalam pengurusan virus tersebut telah menjalani ujian pengesahan wabak berkenaan.


47 Petugas Kesihatan Positif COVID-19, Berjangkit Melalui Majlis Perkahwinan
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Harian Metro


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

47 Petugas Kesihatan Positif COVID-19, Berjangkit Melalui Majlis Perkahwinan

Sharing is caring!