Isu Semasa Viral

5 Beradik Jadi Yatim Sekelip Mata, Teruk Dihentam Pemandu Kereta Kaki Botol

Sharing is caring!

Kebelakangan ini, sering kali kita dihidangkan dengan berita-berita nahas jalan raya hingga mengorbankan nyawa yang tidak berdosa. Meskipun kejadian tersebut mustahil untuk diramal namun ia berlaku disebabkan oleh kecuaian serta kelalaian sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Terbaharu, mendapat perhatian ramai, kecelakaan yang menimpa suami isteri selepas motosikal mereka dihentam seorang individu dipercayai di bawah pengaruh minuman keras.

BACA : Ayah Dah Tiada, Ibu Pula Balik Siam-Remaja Hidap Kanser Setia Jaga Atuk  Nenek


Suami pergi serta merta, isteri pula ‘teruk’

Menerusi laporan media, kejadian berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara berhampiran susu Perai pada Ahad lalu. Pemandu motosikal berkenaan yang dikenali sebagai Khairizul Mohamad Noor, 35 menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian selepas mengalami beberapa komplikasi di bahagian kepala dan badan. Manakala isterinya, Zuriana Hasan berusia 35 tahun itu dimaklumkan dalam keadaan teruk dan dikejar ke sebuah pusat kesihatan berdekatan bagi menerima rawatan lanjut.

5 Beradik Jadi Yatim Sekelip Mata, Teruk Dihentam Pemandu Kereta Kaki Botol

5 Beradik Jadi Yatim Sekelip Mata, Teruk Dihentam Pemandu Kereta Kaki Botol

Dihentam dari arah belakang sebelum tercampak

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah memaklumkan siasatan awal mendapati Khairizul menunggang motosikal di lorong kiri sebelum kereta dipandu lelaki berusia 33 tahun itu ‘menghentam’ mereka dari belakang. Berikutan itu, kedua-dua mereka tercampak ke atas jalan raya.


5 Beradik Jadi Yatim Sekelip Mata, Teruk Dihentam Pemandu Kereta Kaki Botol

Pemandu kereta tersebut disyaki mengambil minuman keras

Hasil siasatan dan ujian pernafasan yang dilakukan menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) mendapati individu berkenaan memandu di bawah pengaruh minuman keras. Susulan itu, pihaknya meminta kerjasama orang ramai atau saksi kejadian tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

5 Beradik Jadi Yatim Sekelip Mata, Teruk Dihentam Pemandu Kereta Kaki Botol

5 Beradik Jadi Yatim Sekelip Mata, Teruk Dihentam Pemandu Kereta Kaki Botol

 

Isteri tak tahu berita pemergian suami, tinggal 5 anak masih kecil

Menurut salah seorang ahli keluarga, ketika kejadian kedua-dua mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Butterworth selepas keluar makan bersama dua lagi adik kandungnya. Tambahnya lagi, Zuriana masih belum sedar dan tidak mengetahui bahawa suaminya telah tiada. Lebih meruntun jiwa apabila suami isteri berkenaan mempunyai lima orang cahaya dan kesemuanya masih kecil.


5 Beradik Jadi Yatim Sekelip Mata, Teruk Dihentam Pemandu Kereta Kaki Botol 5 Beradik Jadi Yatim Sekelip Mata, Teruk Dihentam Pemandu Kereta Kaki Botol

Sumber : Sinar Harian, Twitter twitervirall

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!