Baru berusia 22 tahun, nama Salma Salsabil ‘Aliyyah menjadi trending di media sosial lantaran kelunakan suaranya di pentas ‘Indonesia Idol 2023’. Membawakan lagu bergenre Indie Pop berjudul ‘Amin Paling Serius’, gadis muda ini seakan membuktikan kemampuan vokalnya yang berada di taraf tersendiri.
BACA : Kecewa Ataupun Bahagiaaaaa – Gadis Nyanyi Depan TokTi Dipuji Suara Mirip 100%
Aku dapat rasa Salma adalah calon peserta Top 5…Aku tersalma-salma
Baru sahaja menyanyikan rangkap pertama, para juri sudah terlihat berpuas hati di meja masing-masing. Semakin dia masuk ke bahagian utama lagu, suaranya yang mendayu-dayu indah turut membuatkan semua penonton seperti dibawa masuk ke dunia lain. Pengalamannya yang pernah menyertai beberapa pertandingan besar lain sejak kecil nyata menjadi nilai tambah buat mahasiswa jurusan muzik ini.

Kamu tidak terlalu try hard…Sangat memukau, that’s beautiful
Sejurus nyanyian tamat, kelima-lima juri terus memberikan standing ovation sebagai tanda menghargai persembahan Salma yang bertaraf 5 bintang. Bukan sahaja bijak memilih karakter bersesuaian dengan lagu, malahan tahap penjiwaan yang dikuasai oleh Salma di atas pentas membuatkan bulu roma juri merinding.
Wow dinamik dia hebat gila…Salam dari Malaysia Salma
Melihat ke ruangan komen, netizen juga akui sangat terpanah dengan sajian suara Salma. Hinggakan, ada yang menyamakan vokalnya mirip dengan penyanyi lagenda Malaysia iaitu TokTi dan Sheila Majid.
Meskipun masih muda, ramai memuji gaya Salma membuat persembahan di pentas besar itu seperti seorang penyanyi profesional.
Dalam pada itu, netizen Malaysia suka dengan cara para juri memberikan komen. Tidak mengaibkan atau marah-marah, sebaliknya sangat berhemah dengan nasihat membina.
Kredit : TikTok indonesia idol & YouTube Indonesia Idol 2023
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
