Viral Inspirasi Kehidupan Kesihatan

“50 Ustaz & Bomoh Saya Panggil, Saya Penat” – Ibu Tua Jaga 5 Anak Kurang Waras

“50 Ustaz & Bomoh Saya Panggil, Saya Penat” – Ibu Tua Jaga 5 Anak Kurang Waras

Apabila anak-anak membesar dan mampu bekerja sendiri, ibu ayah mampu menarik nafas lega kerana sudah tiba pula giliran mereka berehat meniti usia tua. Namun bagi pasangan suami isteri dari Pontian, Johor ini, mereka begitu tabah menjaga 5 daripada 9 anak yang dikatakan mempunyai masalah psikologi (kurang waras).

BACA : Anak Nangis Penat Naik Tangga Tingkat 8 Rumah PPR, Ibu Serba Salah Hidup Susah

Masalah ini menyebabkan mereka terpaksa tamatkan sekolah awal

Kusnan Yusof (74 tahun) dan Salbiah Selamat (69 tahun) berkata anak-anak mereka disahkan mengalami gangguan kesihatan itu sejak di bangku sekolah lagi. Berumur lingkungan 36 ke 51 tahun, difahamkan dahulu 5 beradik tersebut terpaksa menamatkan persekolahan lebih awal dek kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

“50 Ustaz & Bomoh Saya Panggil, Saya Penat” – Ibu Tua Jaga 5 Anak Kurang Waras

Saya ingat 50 orang ustaz & bomoh dah saya panggil…Dah penat tak larat

Mak Cik Salbiah akui tidak mampu keluar bekerja kerana perlu menguruskan semua anak, manakala suaminya yang kerap tidak sihat cumalah seorang pesara polis. Bercakap tentang usaha menyembuhkan, dia sudah mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Meskipun penat kerana semua ikhtiar itu menemui jalan buntu, dia sudah berlapang dada dengan dugaan berat dititipkan Allah ini.

Moga ada syurga Firdaus buatmu mak cik…Besarnya ujian mereka sekeluarga

Kecekalan Mak Cik Salbiah dan suami menjaga 5 anak tersebut cukup mencetuskan sebak di dada netizen. Mereka yakin Allah sedang menyediakan hikmah terbaik dan mendoakan semoga suami isteri ini diberikan balasan syurga kelak.

“50 Ustaz & Bomoh Saya Panggil, Saya Penat” – Ibu Tua Jaga 5 Anak Kurang Waras

“50 Ustaz & Bomoh Saya Panggil, Saya Penat” – Ibu Tua Jaga 5 Anak Kurang Waras

“50 Ustaz & Bomoh Saya Panggil, Saya Penat” – Ibu Tua Jaga 5 Anak Kurang Waras

Kredit : Facebook Buletin TV9

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“50 Ustaz & Bomoh Saya Panggil, Saya Penat” – Ibu Tua Jaga 5 Anak Kurang Waras

Facebook

Telegram