Cinta Family

6 Kali Tersasul Sebut Nama Menantu, Bapa Pengantin Nervous Bila Dengar ‘Action’

6 Kali Tersasul Sebut Nama Menantu, Bapa Pengantin Nervous Bila Dengar 'Action' 1

Lazimnya, bakal pengantin lelaki yang selalu berdebar menjelangnya hari pernikahan. Namun siapa sangka, baru-baru ini gelagat ayah pengantin perempuan yang nervous pula mencuri tumpuan sehingga terpaksa diulang banyak kali.


BACA : Ayah Tutup Mata 3 Bulan Sebelum, Adik Umur 16 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak

Bapa pengantin nervous sampai tersasul nama atuk pengantin lelaki

Menerusi perkongsian video oleh gadis bernama Leeya Ja’afar di aplikasi TikTok, bapa pengantin terlalu nervous sehingga tersasul ketika nikahkan anak perempuannya. Sepatutnya dia menyebut nama menantu, tetapi nama lain pula yang terpacul daripada mulutnya.


6 Kali Tersasul Sebut Nama Menantu, Bapa Pengantin Nervous Bila Dengar ‘Action’

 

Rakaman diambil sebanyak 6 kali sebelum dapat ‘take’ yang sempurna…nervous bila dengar ‘action

Jelas Leeya selaku adik pengantin perempuan, babak tersebut bahkan telah dirakam sehingga 6 kali take sebelum juruvideo dapatkan hasil yang terbaik. Mengulas situasi berkenaan, bapanya sendiri akui tidak tahu mengapa boleh jadi terlalu nervous. Sedangkan ketika hadir sesi akad nikah di Pejabat Kadi, ia berjalan lancar sekali lafaz sahaja. Walaupun sudah hafal dan ingat nama menantu, tapi dia akui gemuruh setiap kali juruvideo menyebut ‘action’.


6 Kali Tersasul Sebut Nama Menantu, Bapa Pengantin Nervous Bila Dengar ‘Action’

6 Kali Tersasul Sebut Nama Menantu, Bapa Pengantin Nervous Bila Dengar ‘Action’

@kyleeyaa

#CapCut simpan sini buat kenangan😂 #fyp #tiktokviral #viral

♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Sebenarnya ia lakonan semula…pasangan mempelai terlebih dahulu dinikahkan sebelah pagi

Menerusi kenyataan dipetik portal mStar, kakak sulung Leeya sebenarnya telah pun bernikah terlebih dahulu pada waktu pagi. Gara-gara hanya beberapa individu penting saja dapat menyaksikannya, justeru moment penting dan bermakna itu dibuat lakonan semula untuk kenangan seluruh keluarga.

6 Kali Tersasul Sebut Nama Menantu, Bapa Pengantin Nervous Bila Dengar ‘Action’

6 Kali Tersasul Sebut Nama Menantu, Bapa Pengantin Nervous Bila Dengar ‘Action’

Sumber : mStar TikTok kyleeya

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

6 Kali Tersasul Sebut Nama Menantu, Bapa Pengantin Nervous Bila Dengar ‘Action’

Facebook

Telegram