6 Perangai Pelik Saudara Mara Yang Akan Buat Korang Annoying Di Hari Raya!

Setiap tahun, Hari Raya Aidilfitri adalah antara perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh umat IsIam. Dapat pulang ke kampung, berjumpa dan berkumpul dengan sanak saudara adalah antara moment yang paling menyeronokkan. Namun dalam keseronokan berkumpul beramai-ramai tu, pasti akan ada antara mereka yang berperangai pelik sehingga membuatkan kita kurang selesa. Nak tahu apa dia? Teruskan membaca. 

BACA: Sudahlah Baju Raya Jahanam, Tukang Jahit Sempat Pula Perli Gadis Ini Gem0k!

Gambar sekadar hiasan

1. Antisosial, introvert

Sedara macam ni gemar mengasingkan diri daripada berkumpul beramai-ramai di ruang makan ataupun tidak menyertai orang lain bersantai di ruang tamu. Sebaliknya, diorang akan membuat hal sendiri dengan bermain gajet ataupun membuat kerja di laptop.

Kadang-kadang nak ajak bersembang dengan orang macam ni pun payah. Tanya sepatah jawab sepatah. Awkward kan? 

Gambar sekadar hiasan

2. Suka berkepit dengan suami/isteri

Kadang-kadang sedara macam ni meluat jugak kan? Hari raya patutnya dimanfaatkan sebaiknya untuk mendekatkan diri dengan saudara-saudara yang jauh. Inilah masanya nak berkenalan atau merapatkan silaturrahim. Tapi diorang boleh pulak berkepit 24 jam macam tak pernah jumpa. Ada tak sedara korang yang macam ni? 

Gambar sekadar hiasan

3. Suka pinjam barang orang

Ada orang tak berkira, tapi ada juga orang yang jenis tak suka bila barang dia disentuh atau sering dipinjam orang lain. Terutamanya perempuan. Pantang baju tudung kita cantik sikit mesti ada orang perhati. Lepastu mintak pinjam. Betul tak? 

“Cantiklah tudung kau ni. Sesuai pulak dengan kebaya aku. Esok bolehlah aku pinjam eh?”

Gambar sekadar hiasan

4. Kaki OOTD (outfit of the day)

Terutamanya orang perempuan, diorang suka sangat bergambar banyak-banyak. Bolehlah upload dalam Instagram, tunjuk baju raya masing-masing. Bayangkan, dalam berpuluh-puluh gambar yang diambil tu, mesti satu je yang akan diupload. Tapi yang paling kesian adalah yang tukang tangkap gambar tu, mesti penat kan?

Dah amik dua, suruh tangkap lagi empat. Dan begitulah seterusnya sampai diorang puas hati dengan gambar yang diambil. Bosan tak? 

Gambar sekadar hiasan

5. Sedara yang kuat membawang

Pantang berkumpul, mesti ada je yang nak digosipkan. Jaga-jaga.. silap-silap anda juga bakal menjadi sasaran gosip mereka. 

6. Pemalas

Bila dah ramai-ramai balik kampung tu, pasti akan ada sesi bergotong-royong mengemas rumah ataupun masak beramai-ramai. Tapi adalah pulak sorang dua tu yang tak reti-reti nak ringankan tulang membantu di dapur. Tapi bila tiba waktu makan, muka dialah yang pertama muncul kat dapur tu!

Kalau lelaki takpe lagi, tapi kalau yang anak dara tu? MemaIukan! 

Sumber: Maukerja

Apa Komen Anda?