6 Tahun Jadi Single Mom, Wanita Ini Tepis Cakap Negatif Orang & Kuat Demi Anak

Secara logiknya, setiap insan di dunia ini pasti mengharapkan rumah tangga masing-masing dikecapi kebahagiaan dan berkekalan hingga ke anak cucu. Namun begitu, tidak semua bernasib baik dalam mengharungi pasang surut perkahwinan yang mana diakhiri dengan episod perpisahan. Sedangkan yang putus cinta pun boleh murung, inikan pula yang sudah mempunyai cahaya mata hasil pernikahan terdahulu. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja tahu betapa sukarnya untuk menambat cinta baharu.

BACA: Suami Asyik Menangkan Keluarga, Wanita Ini 2 Tahun Hidup ‘Gantung Tak Bertali’

Hampir 6 tahun single mom…bangga sebab besarkan anak sorang-sorang

Advertisement

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Eliaa telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi rasa bangga dapat mengasuh dan mendidik anak tunggal lelakinya tanpa bantuan seorang suami pun. Meskipun bergelar ibu tunggal pada usia 25 tahun, namun ia tidak menghalangnya daripada terus positif serta redha menerima takdir Ilahi.

Orang pandang rendah bila pegang title ‘J’…tapi kita biarkan & kuat untuk anak

Advertisement

Ujar wanita dari Johor ini lagi, dia pernah menerima banyak tanggapan buruk daripada masyarakat serta orang sekeliling di awal fasa memegang status tersebut. Lebih menyakitkan apabila bekas suaminya juga bersikap acuh tidak acuh dalam memberikan nafkah buat kanak-kanak lelaki yang bernama Naufal itu. Bagaimanapun, dia tetap cekal untuk memberikan asuhan dan kasih sayang secukupnya terhadap zuriat tunggalnya.

Advertisement

Moga terus kuat…ingatkan kakak & adik

Status tersebut telah meraih hampir 2 ribu retweets sejak dimuat naik pada beberapa hari yang lalu. Menerusi ruangan komen pula, para netizen tidak putus-putus mengucapkan kata-kata semangat dan berbangga dengan ketabahan yang dimiliki oleh wanita berkenaan. Selain itu, rata-rata mereka turut memuji transformasi penampilan yang Eliaa pada masa kini yang tampak lebih jelita.

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter ellyndira

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?