6 Tahun Kahwini Suami Positif HIV, Wanita Dedah ‘Rahsia’ Tak Pernah Berjangkit!

Sebagai antara masalah kesihatan yang berisiko di dunia, Human Immmunodeficiency Virus (HIV) sering diselimuti pelbagai mitos dan kekeliruan dalam masyarakat. Walhal pemahaman ‘kuno’ seperti boleh berjangkit menerusi sentuhan hanya menambahkan stigma negatif terhadap pengidapnya. Namun lain pula kisahnya mengenai seorang wanita ini apabila dia bukan sahaja bernikah dengan seorang penghidap virus terbabit, malah kekal bebas daripada sebarang infeksi.

BACA: Usia Kahwin Masuk 8 Bulan, Tapi Mentua Minta Berpisah Kalau Tak Hamil Lagi..

Saya negatif HIV, dan sudah hampir 6 tahun mendirikan rumah tangga bersama dengan seorang lelaki positif HIV. Dengan rawatan HAART, kami dapat hidup dengan normal seperti suami isteri yang lain.

Gambar sekadar hiasan

Berkongsikan pengalaman hidupnya kepada Erin Sakura, wanita bernama Hanan ini memberitahu bahawa dia sememangnya bersedia untuk menempuh hidup bersama suami gara-gara sudah memahami selok-belok berkaitan HIV. 

6 tahun lepas, saya berjumpa dengan suami (Omar) di sebuah program sukarelawan HIV. Saya memang selalu ikut aktiviti kesedaran sebegini sebab seronok dapat beramah mesra dengan komuniti yang sering dipinggirkan. Sepanjang tempoh perkenalan, dia juga pernah beritahu latar belakangnya sebagai seorang bekas penagih dan penghidap HIV positif. Lepas berkahwin aspek kesihatan ‘serodiscordant couple‘ (berlainan status HIV) macam kami memang perlu dipantau rapi, terutama apabila si isteri mengandung.

Apabila ditanyakan sebab mengapa dia tidak pernah dijangkiti pula, wanita berusia 39 tahun ini mendedahkan rawatan Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) adalah ‘kunci’ kebahagiaan rumah tangga mereka.

Suami diagnosed pada tahun 1993, tapi dia sudah jalani rawatan HAART sejak 2010 lagi. Untuk pengetahuan semua, individu yang konsisten boleh berada di tahap selamat yang dikenali sebagai undetected viral load (UVL). Dan suami saya capai tahap itu pada tahun 2012. Walaupun HAART tidak mampu menyembuhkan HIV sepenuhnya, namun virus terbabit tidak boleh menjangkiti orang lain termasuklah melalui hubungan kelamin. Dos ubat pula biasanya ditetapkan oleh doktor.

Gambar sekadar hiasan

Mengulas lanjut tentang cabaran bergelar isteri penghidap HIV pula, Hanan tidak menafikan bahawa banyak tekanan diterima pada awalnya. Namun berkat ilmu serta pengalaman yang diperoleh dalam NGO yang memupuk nilai kesedaran mengenai HIV, mereka berjaya atasi semua halangan berkenaan. Dia turut berharap agar orang ramai mendoakan keluarga kecilnya ini agar sentiasa dikurniakan rezeki kesihatan serta kekal bahagia hingga ke Jannah.

Kami pernah berdepan persepsi negatif daripada staf medik sendiri. Walhal dengan rawatan HAART, orang HIV boleh berkahwin serta memiliki zuriat yang bebas daripadanya. Jika anda masih berasa kurang pasti atau mahu tambah ilmu tentang HIV, bergaullah bersama rakan-rakan dalam komuniti HIV. Pandangan serong masyarakat hanya menyebabkan penghidap HIV takut untuk buat ujian serta memperoleh rawatan sepatutnya. Hakikatnya HIV bukan ancaman, jadi hentilah menghakimi.

 

Sumber: Twitter Suamikuhivpoz

Apa Komen Anda?