60 Hari Amalkan Dah Nampak Hasil, Wanita Kongsi Menu Diet ‘Suku-Suku Separuh’

Sebut sahaja mengenai pengurangan berat badan, sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah mengamalkan bermacam-macam kaedah diet demi mendapatkan bentuk badan ideal. Tapi apabila sudah melaksanakannya pula, berat badan masih berada pada tahap yang kurang memuaskan atau tiada sebarang perubahan. Pernahkah anda terfikir bahawa jumlah makanan yang diambil juga sebenarnya mempengaruhi situasi berkenaan?

BACA: Setahun Susut 45kg, Gadis Kongsi Tips ‘Diet Atkins’ Yang Strict Tapi Berbaloi

60 hari amalkan diet suku-suku separuh…transformasi menakjubkan

Advertisement

Menurut pakar kesihatan, cara terbaik bagi mencapai hasrat berkenaan adalah menerusi diet ‘suku-suku separuh’. Inilah juga teknik yang digunakan oleh wanita ini untuk memastikan tahap kesihatan tubuh badannya berada pada paras terbaik. Berkat kesungguhannya, dia telah berjaya menyusutkan berat badan daripada 85kg hingga 64kg dalam tempoh 2 bulan sahaja.

Advertisement

Pernah ambil produk….Alhamdulillah diberi kesedaran diet secara sihat

Katanya lagi, sebelum ini dia pernah mengambil produk yang dikatakan boleh menurunkan berat badan. Namun usaha sedemikian cuma bertahan sekejap saja dan tidak berhasil untuk jangka masa yang lama. Mujurlah dia menemui kaedah lebih sihat, sambil dibantu oleh beberapa individu yang tak putus-putus memberikan kata perangsang sepanjang tempoh berkenaan. Selain melakukan senaman seperti jogging, treadmill, dan skipping, wanita ini turut berkongsi koleksi menu diet yang rendah nilai kalori tapi tinggi dengan serat.

Advertisement

Advertisement

Sumber: FB Diet Suku Suku Separuh & DanialDannia Assone

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?