Viral cinta * perhubungan

60 Saat Sebelum Melangkah Masuk Mahkamah, Isteri Tersentak Batal Tuntutan Talak

60 Saat Sebelum Melangkah Masuk Mahkamah, Isteri Tersentak Batal Tuntutan Talak 1

Apabila kemelut dalam perkahwinan sudah menemui jalan buntu, suami atau isteri cenderung memikirkan tentang tuntutan talak sebagai penamat segalanya. Tatkala hadir ke mahkamah syariah bagi menjalani perbicaraan pula, biasanya hati masing-masing sudah menjadi ‘dingin’ selain berharap urusan itu selesai dengan kadar segera.

BACA : Sambil Tunggu Turn Mahkamah, Suami Tak Lepas Tangan Isteri Sebelum Lafaz Talak

Jantung berdegup kencang beberapa minit sebelum masuk perbicaraan di mahkamah

Namun begitu bagi seorang wanita di bawah, dia berkongsikan sebuah kisah mengejutkan di mana dirinya membatalkan tuntutan talak pada saat-saat akhir. Tidak seperti yang lain, pasangan ini nampaknya masih berpegangan tangan dengan begitu erat sementara menunggu giliran panggilan masuk ke mahkamah. Hanya berbaki seminit sebelum melangkah ke dalam, degupan jantung si isteri yang ‘tersentak’ seolah-olah menjadi tanda bahawa jodoh mereka masih panjang.

@effaadnan

Jodoh masih Kuat.. Alhamdulillah

♬ Originalton – Jacob Sami

60 Saat Sebelum Melangkah Masuk Mahkamah, Isteri Tersentak Batal Tuntutan Talak
Gambar sekadar hiasan

1 minit terakhir tu lari jauh sikit dari dewan…Moga video ni halang kita daripada buat tindakan terburu-buru

Berkongsikan kisah lanjut, Puan Effa Adnan mendedahkan dia tergerak hati untuk menjauhkan diri dari pintu masuk ruangan tersebut. Sambil itu, dia mula berfikir semula mengenai baik buruk mereka dalam perkahwinan sebelum meminta kepada Allah bagi tunjukkan jalan keluar. Doanya terjawab, dia terus meminta maaf kepada lelaki itu lantas kedua-dua menangis dan nekad untuk buka lembaran baru dalam perkahwinan.

@effaadnan

Reply to @savepalestine559 Kita kena Bagi peluang untuk diri sendiri dan pasangan supaya tak buat sesuatu yang kita akan menyesal balik.. Alhamdulillah nk masuk fasa 5 tahun Perkahwinan

♬ suara asli – rafaaldiansyah – rafaaldiansyah

@effaadnan

Reply to @cipudinlover Semoga video ni dapat menghalang kita dari buat keputusan terburu2.. 😘

♬ nhạc nền – pcy – pcy

Samalah kita sis situasi menghadapi mahkamah…Jodoh masih panjang…5 tahun kahwin

Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang turut tersentuh mengetahui kisah inspirasi Puan Effa. Rupa-rupanya, ada yang mengakui mereka turut pernah berdepan dengan aturan takdir sama dan kini semakin bahagia bersama pasangan masing-masing.

60 Saat Sebelum Melangkah Masuk Mahkamah, Isteri Tersentak Batal Tuntutan Talak

60 Saat Sebelum Melangkah Masuk Mahkamah, Isteri Tersentak Batal Tuntutan Talak

60 Saat Sebelum Melangkah Masuk Mahkamah, Isteri Tersentak Batal Tuntutan Talak

Kredit : TikTok effa adnan

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

60 Saat Sebelum Melangkah Masuk Mahkamah, Isteri Tersentak Batal Tuntutan Talak

Facebook

Telegram

Kasut