Tidak dapat dinafikan, mungkin ada segelintir anak-anak memiliki seorang bapa yang tegas. Ditambah pula dengan latar belakang sebagai seorang askar, pasti masing-masing akan berasa takut untuk berbuat kesalahan. Biarpun adakalanya insan seperti ini jarang menunjukkan kasih sayang di hadapan cahaya mata, namun dalam hatinya tiada siapa yang tahu.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Bila bapa kau kerja askar garang sangat…60 tahun hidup jarang nampak senyum
Persis seperti situasi individu ini apabila turut dibesarkan dengan seorang bapa yang garang. Menerusi perkongsian fairuznabilah___ di laman TikTok, orang tuanya dulu merupakan askar dan terkenal dengan sifat tegas. Malah, lelaki itu juga pernah mengunci dirinya di dalam tandas sewaktu kecil gara-gara melakukan kesalahan. Pada masa sama, wanita tersebut akui si ayah boleh dikatakan jarang senyum sepanjang berpuluh tahun hidup bersama.
Tiba-tiba dengan cucu jadi budak-budak juga
Biarpun mempunyai personaliti tegas, siapa sangka lelaki tersebut rupanya seorang yang manja apabila di hadapan cucu. Menariknya, dia juga dilihat seakan-akan berubah menjadi periang demi melayan karenah si kecil itu. Walaupun berasa hairan, namun wanita berkenaan tetap terhibur selain sempat berseloroh merasa cemburu dengan layanan bapa terhadap anaknya.
@fairuznabilah___ Untung la jadi cucu kan 😌 #fyp #aisyaaanakibu
Kena pula cucu perempuan confirm cair habis…ini kalau jadi cucu kesayangan, hati-hati jangan buat silap
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa terhibur mengenangkan isi hati wanita berkenaan. Malah, mereka juga sempat berkongsikan pengalaman sama selain bersetuju bahawa setiap bapa akan mula lembut hati di hadapan cucu-cucunya.
Kredit: TikTok fairuznabilah___
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
