Family

7 Bulan Merana Hanya Kerana Isu Harta, Ini Pentingnya Hibah Yang Ramai Tak Tahu

Sharing is caring!

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial tentang konflik yang berlaku antara balu Abam Bocey dengan Ali Puteh. Meskipun sudah 7 bulan berlalu, namun isu tersebut seolah-olah tiada titik noktahnya apabila kedua-dua pihak kini saling berbalas saman pula. Susulan itu, seorang lelaki telah berkesempatan untuk memberikan pendapatnya mengenai perkara tersebut.

BACA: Tolak Rawatan Walaupun Dipaksa Keluarga, Rupanya Adik Tunjuk Tanda Nak ‘Pergi

Masalah berlarutan hingga hari ini, ditambah pula dengan isu saman menyaman…orang ramai jangan burukkan lagi keadaan

Saudara Akhtar Syamir mengakui agak terkilan melihat perkara itu berlaku lebih-lebih lagi apabila melibatkan pihak sidang media dan penggunaan khidmat guaman. Tambahan pula, rata-rata netizen sengaja mengambil kesempatan untuk menulis ikut perasaan sendiri tanpa mengetahui cerita yang sebenar. Rentetan itu, dia  menyarankan orang ramai agar mengambil iktibar daripada konflik tersebut atau sekurang-kurangnya tidak memburukkan lagi keadaan.


7 Bulan Merana Hanya Kerana Isu Harta, Ini Pentingnya Hibah Yang Ramai Tak Tahu

7 Bulan Merana Hanya Kerana Isu Harta, Ini Pentingnya Hibah Yang Ramai Tak Tahu

7 Bulan Merana Hanya Kerana Isu Harta, Ini Pentingnya Hibah Yang Ramai Tak Tahu
Gambar sekadar hiasan

Saran ambil hibah agar kehidupan keluarga terjamin…hibah tidak boleh dituntut waris

Bukan itu sahaja isu yang berlaku, namun ada juga kejadian serupa berlarutan sehingga ke beberapa generasi. Hakikatnya masalah ini dapat diatasi lebih awal seperti mengambil hibah untuk mereka yang tersayang. Kelebihan memiliki perlindungan ini adalah ia tidak boleh dituntut oleh sesiapa kecuali penama asal dan dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah pertengkaran atau perebutan harta. Justeru itu, lelaki ini menyarankan agar orang ramai mempunyai simpanan hibah.


7 Bulan Merana Hanya Kerana Isu Harta, Ini Pentingnya Hibah Yang Ramai Tak Tahu

7 Bulan Merana Hanya Kerana Isu Harta, Ini Pentingnya Hibah Yang Ramai Tak Tahu
Gambar sekadar hiasan

7 Bulan Merana Hanya Kerana Isu Harta, Ini Pentingnya Hibah Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Facebook Akhtar Syamir


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!