Isu Semasa

7 Hari Nikah Cakap Tak Sayang, Isteri Seram Jumpa Email Suami Sihir 3 Perempuan

7 Hari Nikah Cakap Tak Sayang, Isteri Seram Jumpa Email Suami Sihir 3 Perempuan 1

Hati wanita mana yang tidak berbunga apabila ada lelaki menunjukkan kesungguhan untuk berkahwin? Namun bagi kisah dialami Puan Naimah, siapa sangka perkahwinan yang dianggap berteraskan rasa cinta rupanya diselaputi sejarah hitam menakutkan. Hanya selepas beberapa bulan berkenalan, awalnya dia begitu yakin suaminya adalah jodoh terbaik.

BACA : Dituduh Sihir Suami Muda, Rosnah Mat Aris Tenang Dedahkan Bahagia Rumah Tangga

Suami nangis masa solat kemudian cakap “Naimah, saya dah tak sayang & cintakan awak” (minit 1:42)

Segala benda janggal mula dirasai seawal 1 bulan selepas bernikah. Seminggu selepas mereka pulang dari berbulan madu, suami mula mengalami tekanan katanya akibat isu kerja. Namun lebih menghairankan, lelaki itu mula menangis teruk ketika mereka solat jemaah dan tiba-tiba mengaku tidak cintakan Naimah lagi. Kemudian, dia mula memberi amaran agar isterinya tidak mendedahkan konflik rumah tangga pada ahli keluarga lain.

7 Hari Nikah Cakap Tak Sayang, Isteri Seram Jumpa Email Suami Sihir 3 Perempuan
Gambar sekadar hiasan

Suami telefon mak mentua mengadu Naimah basuh pinggan tak bersih sebab ada kesan sabun (minit 4:48)

Situasi semakin buruk apabila lelaki itu mengadu pada ibu mentua bahawa Naimah tidak pandai membersihkan rumah. Setelah lama bertahan, pada tahun 2017 dia nekad keluar daripada rumah tangga toksid ini untuk sementara. Kemudian, wanita ini mendapati suaminya berhibur di dating apps lalu segera merancang sebuah projek.

“Saya terkejut suami ada skandal di dating apps. Jadi saya buat akaun fake & matching dengan akaun suami. Bila dah lama kenal, baru saya kantoikan hal sebenar. Masa tu dia menangis & melutut bila saya minta talak. Kemudian dia menghilang dan tak nak lepaskan saya. Dia datang merayu, saya duduk balik dengan dia masa bulan Ramadan kononnya nak perbaiki hubungan”

7 Hari Nikah Cakap Tak Sayang, Isteri Seram Jumpa Email Suami Sihir 3 Perempuan
Gambar sekadar hiasan

(Firasat hati saya kuat untuk periksa Email dia…SubhanAllah, dia langgan service sihir (minit 7:48)

Walaupun berusaha banyak kali untuk angkat kaki dari pernikahan itu, dia seolah-olah akan ‘ditarik’ semula. Satu hari ketika suaminya tertinggal telefon di rumah & pergi kerja, hati Naimah tiba-tiba tergerak memeriksa kandungan email. Alangkah terkejutnya, dia menemukan perbualan suaminya dengan pengamal ilmu hitam untuk menyihir 3 perempuan termasuklah Naimah. Sanggup membayar harga mahal, perbuatan syirik itu dilakukan demi memiliki semua wanita idamannya.

7 Hari Nikah Cakap Tak Sayang, Isteri Seram Jumpa Email Suami Sihir 3 Perempuan
Gambar sekadar hiasan

Kredit : Facebook Four Nine

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

7 Hari Nikah Cakap Tak Sayang, Isteri Seram Jumpa Email Suami Sihir 3 Perempuan

Facebook

Telegram

Facemask For Kids