Bercakap soal kerja, ramai orang yang gagal temuduga pertama sanggup mencuba lagi demi mendapat kerja impian. Pun begitu, setiap daripada kita pastinya meletakkan limit mungkin cukuplah 2-3 kali percubaan sahaja. Jika masih tidak mendapat tawaran selepas beberapa kali interview, anggaplah bukan rezeki untuk bekerja di sesebuah tempat tersebut.
BACA : Berkat Beri Kucing Makan, Dapat Tawaran Kerja Setelah 2 Bulan Menganggur
Suami Kieda 7 kali pergi interview PBA…Dari zaman bertunang sampai anak dua, dia berharap nak kerja tu
Namun begitu, semangat seorang lelaki ini untuk bekerja di syarikat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) nampaknya cukup membara. Kata isterinya yang mesra digelar Kieda, suaminya sudah 7 kali menghadiri panggilan temuduga namun masih gagal diterima. Akhirnya saat yang dinanti tiba, baru-baru ini dia berjaya mendapat tawaran untuk berkhidmat di sana.
Taknak tinggal isteri terkontang-kanting dengan anak…Abang taknak pi..Sapa nak handle anak?
Tapi siapa sangka, lelaki itu menolak tawaran itu kerana lebih mengutamakan isteri dan cahaya matanya. Mengenangkan bakal bertugas secara shift nanti, dia akui tidak boleh berpisah tidur malam tambahan pula risau fikirkan tentang keperluan menjaga anak-anak. Tambahan pula, Kieda juga ketika ini sedang sibuk menguruskan perniagaan yang makin berkembang maju.
@kiedacrepe Dia selalu utamakan isteri and anak-anak. “Kami” dulu baru “diri” dia🥹 sedihh tauu.. semoga yang baik baik saja untuk suami ibu , rezeki Allah tu luas ❤️ #fypage #foryou #kenanganterindah
Ikhlas betul hubungan macam ni…Rezeki dapat suami yang utamakan anak bini
Sebak melihat pengorbanan ikhlas ini, ramai netizen menyifatkan Kieda sungguh bertuah kerana dikurniakan pasangan sebaik itu. Mereka berdua juga ibarat menjadi simbolik kepada kata-kata “susah senang setia bersama”.
Kredit : TikTok Kiedacrepe
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
