7 Tahun Perkenalan, Farah Nabilah Umum Bakal Kahwini Pilot Disember Nanti

Pelakon Farah Nabilah yang popular dengan drama ‘Cik Reen dan Encik Ngok Ngek’ bersama gandingannya, Fikry Ibrahim telah mengumumkan secara rasmi akan berkahwin dengan pilihan hatinya, seorang juruterbang tidak lama lagi. Pengumuman tersebut disiarkan secara langsung di laman Facebook TV3 memandangkan perkahwinannya bakal ditayangkan dalam satu episod rancangan Mahligai Cinta terbitan stesen tv tersebut. 

BACA: Bajet RM500 Pun Dah Boleh Kahwin, Wanita Kongsi Tips Majlis Jimat & Barokah

Kenal sewaktu masih belajar di Universiti

Farah Nabilah atau mesra dipanggil Fawa bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember tahun ini bersama jejaka yang bernama Mohamed Amirul Yunus. Perkenalan selama 7 tahun sejak masih menuntut di universiti itu akhirnya akan dibawa ke jinjang pelamin. 

 

Izara Aishah yang tolong ‘kenenkan’

Menerusi sidang media yang telah dilangsungkan, pelakon ini sempat menceritakan bagaimana mereka ditemukan oleh rakan baiknya yang juga seorang pelakon serta usahawan kosmetik, Izara Aishah. Sifat sabar yang ditonjolkan Amirul sepanjang persahabatan mereka membuka hati gadis cantik ini untuk menerima lamaran jejaka tersebut. 

Selesa berahsia demi keluarga

Ketika ditanya wartawan, kenapa tidak mendedahkan percintaan mereka lebih awal, Fawa mengatakan lebih selesa untuk merahsiakannya selagi belum pasti. Pihak keluarga kedua belah pihak juga menasihati untuk mereka tidak terlalu mendedahkan hubungan selagi belum berkahwin. Dalam pada itu, para peminat begitu teruja dengan pengumuman tersebut dan mendoakan yang terbaik buat bakal pengantin itu. 

Sumber: Facebook TV3 Malaysia 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?