Viral Hiburan

8 Jam Tak Sedar Parking Di Petak Reserved, Lelaki Gelabah Ketahui Nama Pemilik

8 Jam Tak Sedar Parking Di Petak Reserved, Lelaki Gelabah Ketahui Nama Pemilik 1

Mencari tempat parking kereta boleh menjadi hal yang cukup menggeramkan tambah-tambah lagi di waktu kemuncak. Ketika ini, begitu banyak kenderaan sebolehnya menuju ke petak kosong yang sudah diintai dari jauh. Namun bagi sepasang sahabat ini, siapa menduga mereka menghadapi situasi yang cukup menghiburkan sekali.

BACA : Isteri Rakam Suami Tiba Di Airport, Sekali Tersama Baju Dengan Perempuan Lain

Dia yang salah, dia yang gelabah…Haihhh lama tak gelak macam ni

Melalui rakaman yang dikongsikan oleh Tieyna Rahman, ketika itu dia dan rakannya berjalan di tempat parking menuju ke kereta jenis Bezza berwarna biru. Difahamkan selepas 8 jam lamanya, mereka menggelabah kerana baru menyedari ia adalah petak kosong reserved atas nama orang lain. Jika diikutkan, seharusnya pengguna lain tidak dibenarkan untuk meletakkan sebarang kenderaan di situ.

8 Jam Tak Sedar Parking Di Petak Reserved, Lelaki Gelabah Ketahui Nama Pemilik

Kawan salah parking be like

Jika dikesan oleh pihak berwajib, kenderaan itu boleh ditunda (clamped) malahan pemilik kereta pula bakal dikompaun sebanyak RM50. Pun begitu, hal paling menakutkan adalah setelah mereka mengetahui nama tuan parking berkenaan yang digelar ‘Taiko’. Tak ubah seperti panggilan dalam filem bertemakan gangster, kedua-duanya bergegas untuk beredar dari situ sambil ketawa terbahak-bahak.

@tieynarahman

Dia yang salah 🤣😂dia yg gelabah..😅 aguss…haihh lama sdah x gelak2 mcm ni…😂#fyp #friends #memoriesbringback

♬ Say Something – Piano Covers Club from I’m in Records

Jangan sampai satu Bukit Bintang cari kau bang…Parking Taiko juga dia rembat, cepat lari

Terhibur dengan ‘kegilaan’ 2 sahabat baik itu, netizen mula membanjiri ruangan komen dengan gurauan masing-masing. Ada yang meminta mereka berhati-hati kononnya bakal dicari oleh Taiko dan gengnya nanti kerana sudah mengambil parking tanpa izin.

8 Jam Tak Sedar Parking Di Petak Reserved, Lelaki Gelabah Ketahui Nama Pemilik

8 Jam Tak Sedar Parking Di Petak Reserved, Lelaki Gelabah Ketahui Nama Pemilik

8 Jam Tak Sedar Parking Di Petak Reserved, Lelaki Gelabah Ketahui Nama Pemilik

Kredit : TikTok Tieyna Rahman

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

8 Jam Tak Sedar Parking Di Petak Reserved, Lelaki Gelabah Ketahui Nama Pemilik

Facebook

Telegram