Inspirasi Viral

8 Tahun Tak Jumpa, Terkejut Kawan Lama Jadi Gelandangan Beratur Ambil Makanan

8 Tahun Tak Jumpa, Terkejut Kawan Lama Jadi Gelandangan Beratur Ambil Makanan 1

Semakin meniti dewasa, ramai di antara kita yang akan kekurangan kawan baik asbab masing-masing sudah sibuk dengan hidup sendiri. Jikalau bertemu sekalipun, mungkin di majlis reunion yang diadakan sekali dalam beberapa tahun. Pun begitu, perjumpaan semula boleh terjadi dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Gembira atau sebak, perasaan bercampur baur akan dirasai persis kisah di bawah.

BACA : Terpisah Sejak 1996, Ada Hikmah Lihat Abang Hidup Gelandangan Muncul Di TV 

Kawan 8 tahun tak jumpa…Terkejut tengok dia jadi macam ni

Melalui perkongsian di TikTok @mikamiqael, suatu malam dia sedang berada di lorong untuk membuat kerja kebajikan iaitu memberi makanan kepada gelandangan. Sedang melihat ramai beratur, tiba-tiba matanya tertumpu kepada seorang lelaki yang kepalanya ditutup dengan kain berwarna biru. Rupa-rupanya individu tersebut adalah kawan baiknya sendiri dan dikhabarkan mereka tidak pernah bertemu selama 8 tahun.


@mikamiqael89

Masa ni sebak. Kwn yg 8tahun xjumpa. Bila jumpa kau terkejut tgk dia jd mcm ni.. Allahu #fypシ゚viral #fypageシ #fyou #fypシ #malaysia #fy

♬ bunyi asal – AKI COLLECTION PERFUMES – Aki_Hamka_Collection

Tak sempat nak tanya kenapa…Dia menghilang mungkin malu

Ketika itu, Mika meminta rakannya untuk duduk dahulu di tepi sementara dia mahu memberikan makanan kepada gelandangan lain. Belum sempat bertanya apakah kisah di sebalik mengapa dia boleh melalui kepayahan hidup sebegitu, Mika terkejut kerana kawannya yang dikenali dengan nama Amy itu sudah beredar tanpa bayang berkemungkinan kerana merasa segan.

8 Tahun Tak Jumpa, Terkejut Kawan Lama Jadi Gelandangan Beratur Ambil Makanan


Teruslah berbuat baik…Kita kawan bantulah mana yang boleh

Menjengah ke ruangan komen, netizen juga menjadi sebak dan tergamam kerana 2 rakan baik itu bertemu dalam situasi tidak terduga. Justeru mereka berharap semoga insan berkenaan dapat dibantu sebaiknya.

8 Tahun Tak Jumpa, Terkejut Kawan Lama Jadi Gelandangan Beratur Ambil Makanan

8 Tahun Tak Jumpa, Terkejut Kawan Lama Jadi Gelandangan Beratur Ambil Makanan


8 Tahun Tak Jumpa, Terkejut Kawan Lama Jadi Gelandangan Beratur Ambil Makanan

Sumber : TikTok Aki Hamka Collection

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

8 Tahun Tak Jumpa, Terkejut Kawan Lama Jadi Gelandangan Beratur Ambil Makanan

Facebook

Telegram