8 Tahun Tak Pernah Skip Puasa Ramadhan & Puasa Enam, Dr. Soo Wincci Dipuji!

Agak lama juga kita tidak mendengar perkhabaran tentang selebriti terkenal, Dr Soo Wincci. Menerusi perkongsian terbaru di Instagram miliknya pagi tadi, pelakon filem ‘Kau Yang Satu’ ini berkongsi yang dia sudah pun berjaya melaksanakan rutin puasa enam di bulan Syawal, selain turut berpuasa genap sebulan pada Ramadan yang lalu. Dan ini merupakan tahun ke-8 berturut-turut dia mengamlakannya medkipun kini menetap di bumi Sepanyol kerana menyambung pelajaran di sana.

BACA: Bebel Isu Puasa, Ramai Tanya King Coco Mana Hilang Slang ‘A Lot Of Mix’ Tu?

Wincci dah siap puasa sebulan & juga puasa 6 buat tahun ke-8 !

Malah, dia juga gemar berkongsi juadah homemade ketika bersahur dan berbuka sepanjang mengamalkannya kepada pengikut di laman Instagram.

Sahur hari pertama puasa enam

Juadah berbuka hari ke-2

Juadah berbuka hari ke-3

Juadah berbuka hari ke-4

Juadah berbuka hari ke-5

Juadah berbuka hari ke-6

Sebelum ini, Wincci juga pernah berkongsi pengalaman berpuasa selama 16 jam di Sepanyol, yang mana tempohnya lebih lama berbanding di Malaysia. Namun kerana mahu tampil lebih sihat dan puasa bersama dengan rakan-rakan yang lain, aktres ini nekad untuk meneruskannya setiap kali menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Selamat hari raya semua

Perkara itu ternyata membuatkan ramai pengikutnya kagum, malah ada juga yang mendoakan dia mendapat hidayah selepas berjaya mengamalkan rutin tersebut.

Alhamdulillah…Tahniah Dr!

Selamat pagi dari Malaysia…tahniah!

Semoga anda menerima hidayah suatu hari nanti..

Sumber: IG dr.soowincci

Apa Komen Anda?